Monday, May 23, 2016

Filled Under:

Lelaki Ini Dedah VIDEO Ambulan Dihalang "PEMBUNUH" Di Lebuhraya Yang Buat 2 Beradik MAUT !!!

Lelaki Ini Dedah VIDEO Ambulan Dihalang "PEMBUNUH" Di Lebuhraya Yang Buat 2 Beradik MAUT Tak Sempat Diselamatkan !!!
Ketika kejadian, beliau berada dalam ambulan sebagai MA penolong doktor dan sempat merakam no plat kenderaan2 yang telah menghalang laluan... Lepas ni kepada "pembunuh-pembunuh" tersebut, tunggu surat dari JPJ ye (harapnya ada tindakan)

Lelaki Ini Dedah VIDEO Ambulan Dihalang "PEMBUNUH" Di Lebuhraya Yang Buat 2 Beradik MAUT !!! - BACA VIRAL


Lelaki Ini Dedah VIDEO Ambulan Dihalang “PEMBUNUH” Di Lebuhraya Yang Buat 2 Beradik MAUT !!! | Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan bagi kepentingan diri, dua mangsa kemalangan terpaksa menunggu lama untuk diberi rawatan awal dan dikejarkan ke hospital.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang di susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, dua mangsa yang menaiki motosikal itu terlanggar sebuah kereta yang rosak menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah. Kemalangan itu juga turut menyebabkan kesesakan sepanjang 19 kilometer.
Pihak Ambulans yang telah dihubungi bagaimanapun menghadapi kelewatan selama 3 jam untuk pergi ke lokasi kejadian berikutan sikap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong kecemasan.
Bertambah pilu lagi apabila dua mangsa kemalangan yang merupakan adik beradik itu meninggal dunia kerana lambat menerima rawatan.
Saksi kejadian, Mohd Zulhairi Shariff, tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap pengguna jalan raya yang tidak bertamadun, sekali gus menunding jari pada pengguna jalan raya yang memandu di lorong kecemasan pada hari kejadian itu sebagai pembunuh.
“Siapa yang ikut PLUS arah utara area selepas tol Simpang Ampat petang tadi mesti sangkut jems teruk kan. Sesiapa yang memandu menggunakan lorong kecemasan pada waktu itu, dukacita aku nak maklumkan bahawa korang adalah pembunuh.
“Ya pembunuh, tetapi jangan risau sebab kemungkinan besar korang tak akan ditangkap dan dihukum gantung. Tetapi pasti ada balasannya kelak.
VIDEO YANG DIRAKAM OLEH AMBULAN
“Kemalangan itu betul-betul depan kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat, jadi aku tak terlibat secara langsung. Ceritanya, motosikal LC150 yang dinaiki oleh dua beradik itu terlanggar belakang Proton Iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak pelanggaran itu menyebabkan mereka berdua tercampak ke lorong tengah lebuh raya. Lori sayur yang berada di belakang mereka mengelak dan menyebabkan lori itu terbalik melintang di lorong tengah dan kanan.
“Pakcik yang bawa lori sayur tidak mengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberi kepada dia sebab sempat mengelak dua mangsa tersebut sehingga menyebabkan dirinya terbalik.
“Para pembunuh sekalian, jenayah korang bermula di sini. Lorong tengah dan lorong kanan terus tertutup dan tidak dapat dilalui. Tinggal satu lorong dan bila jadi seperti ini, para pembunuh ini buat apa yang mereka selalu buat. Guna lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Sudahlah guna lorong kecemasan, bila sampai tempat kejadian dipandunya pelahan pula kereta sambil memegang handphone rakam gambar. Korang nak ambil gambar bukti jenayah korang ke apa?
“Kemalangan berlaku lebih kurang jam 3.30 petang dan ambulans pertama yang sampai, lebih kurang sejam kemudian. Sejam weh! Perjalanan yang biasanya ambil masa tak sampai 15 minit. Ambulans itu ambil mangsa pertama dan tinggalkan lagi seorang mangsa di tempat kejadian.
13221532_10153750485067620_4185158489934028341_n
13254056_10153750485002620_7894602848298139240_n
“Ambulans kedua sampai selepas 2 jam setengah. Kemalangan jam 3.30 petang dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat jam 6 petang weh! Ini semua disebabkan pembunuh-pembunuh ini yang dengan tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan.
“Kedua-dua mangsa cedera dan mengalami pendarahan di dalam kepala. Semasa kami sampai, mereka masih memberikan respon dalam separa sedar. Kami sendiri melihat keadaan mereka deteriorate semasa menunggu ambulans tiba.
“Apa yang kami boleh buat hanya cuba menghentikan pendarahan dan elakkan mereka dari pengsan dan tidur. Semasa ambulans sampai, mereka sudah kurang respon dan semakin lemah. Sekarang mereka berada di Hospital Seremban dan kami juga tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang. Harap mereka selamat walaupun harapan agak tipis.
“Kepada pembunuh sekalian, aku harap korang sedar. Lorong kecemasan dicipta untuk tujuan kecemasan seperti ini. Tetapi disebabkan kebangangan korang, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Aku tak doakan perkara ini terjadi pada korang semula tetapi cukuplah korang sedar dan tak buat lagi.
“Kepada yang lain, yang suka guna lorong kecemasan, ingatlah yang korang juga mungkin akan menjadi pembunuh suatu hari nanti. Ya, dari dulu aku memang benci sangat pada pengguna jalan raya yang suka-suka menggunakan lorong kecemasan ketika jalan sesak. Tetapi hari ini aku rasa perasaan benci itu sudah sampai tahap maksima. Korang dah jadi pembunuh!” katanya.
Mohd Zulhairi Shariff juga turut berkongsi gambar kereta-kereta yang salahguna lorong kecemasan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandunya. – PIXEL MEDIA




0 comments:

Post a Comment