Friday, October 16, 2015

Filled Under:

AZAB NGERI - ANTARA AMARAN ALLAH


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم



ATH THALAAQ : AYAT 8 & 9
  1. Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang menderhakai perintah Tuhan mereka dan Rasul-Rasul-Nya, Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras dan Kami azab mereka (juga) dengan azab yang mengerikan.
  2. Maka mereka (akan pasti) merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan dari akibat perbuatan itu juga mereka (akan mengalami) kerugian yang besar.
PENGAJARAN DARI AYAT
Allah Swt memberi amaran kepada kita bahawa tidak mustahil bagi-Nya untuk memberi balasan sebagaimana yang telah ditimpakan terhadap umat-umat yang terdahulu.MUJURlah permohonan Rasulullah Saw berbangkit dari amaran-amaran Allah yang seperti ini, Rasulullah saw telah bermohon kepada Allah agar ditangguhkan HISAB dan AZAB bagi umatnya dan juga diberi tangguh oleh Allah tempoh bertaubat bagi umatnya sehingga nyawa di kerongkongan (yakni sehingga kepada sakaratulmaut). Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan permohonan Baginda itu.

MasyaAllah, Muslimim dan Muslimat yang dirahmati Allah. Lihatlah, betapa kasihnya Rasulullah Saw terhadap kita semua umatnya ini. Pelbagai doa dan permohonan dilakukan Baginda kepada Allah bagi tujuan mempermudahkan umatnya meramaikan syurga Allah. Namun kita jarang bershalawat kepada Allah untuknya. Kebanyakan dari kita ini memang tidak mengenang budi. Rasulullah saw bukan minta wang atau harta kita, tetapi Baginda mohon agar kita semua taat kepada perintah Allah Tuhan semesta alam. Kita memang manusia yang suka kepada mengingkari perintah Allah. Nauzubillahiminzalik.

Justeru itu, Allah tidak akan teragak-agak untuk menghisab dan mengazab kita (di akhirat nanti) dengan azab yang keras dan ngeri. Allah mengunakan perkataan 'ngeri' bagi tujuan mengambarkan betapa dahsyatnya hukuman-Nya bagi mereka yang engkar kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari peringatan Allah ini ~Wallahualam~




0 comments:

Post a Comment