Friday, October 16, 2015

Filled Under:

FAKTA MENGATAKAN Kaum Lelaki Lebih Bersih Daripada Kaum Wanita?

Kaum Lelaki Lebih Bersih Daripada Kaum Wanita?


IA merupakan isu yang jarang diperkatakan ramai, namun tahukah anda antara lelaki dan wanita, siapakah yang paling bersih?
Satu kajian yang dijalankan di Australia mendapati sebenarnya kaum Hawalah yang kurang bersih berbanding golongan Adam.
Kajian yang dijalankan oleh Initial Hygiene mendapati 43 peratus wanita percaya rakan sekerja lelaki mereka adalah kotor, tidak bersih dan jarang membasuh tangan.
Lelaki pula mempunyai tanggapan berbeza dan percaya wanita adalah pembersih dan membasuh tangan.
Realitinya, 96 peratus lelaki membasuh tangan mereka dengan sabun di tempat kerja dan 77 peratus lelaki membersihkan tempat duduk tandas sebelum menggunakannya, manakala hanya 59 peratus wanita melakukannya.
Kira-kira 96 peratus lelaki dan 53 peratus wanita mengakui mereka cuba mengelak daripada menyentuh barang-barang dalam bilik air jika mereka tahu orang lain menyentuhnya.
Pakar psikologi, Emma Kenny berkata, nampaknya lelaki memahami akan kepentingan kebersihan dalam tandas di sebalik persepsi negatif mengenai mereka.
Kajian itu dijalankan dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan secara umum dan mengelakkan penyakit. 




0 comments:

Post a Comment