KUALA LUMPUR, 25 Mei — Vokalis kumpulan rock Wings menasihati Amy agar memberi lebih perhatian kepada rakan sekumpulannya Yazit Ahmad sakit bertahun-tahun.
Awie berkata tidak wajar Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, sebagai pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, pemain dram kumpulan Search.
“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.
“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” katanya ketika diminta mengulas perselisihan di antara Yazit dan ahli-ahli kumpulan Search.
Amy, 57, pada minggu lalu menafikan ahli-ahli lain Search mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
Amy, 57, pada minggu lalu menafikan ahli-ahli lain Search mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.
“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.
“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.
“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,” katanya kepada ProjekMMO selepas sidang media pembatalan konsert ulang tahun 35 Search minggu lalu.
Ketegangan antara Yazit dan Amy muncul susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan konsert tersebut sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Bapa kepada pelakon Nabila Huda membuka Sekolah Al-Quran dan Hadith Al-Bayan di Sungai Buloh, Selangor pada 2014.
Bapa kepada pelakon Nabila Huda membuka Sekolah Al-Quran dan Hadith Al-Bayan di Sungai Buloh, Selangor pada 2014.
Bercakap kepada ProjekMMO, Awie atau nama asalnya Ahmad Azhar Othman berkata ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing.
Tambahnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
“Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego,” katanya.

“Kita perlu tolong kerana ini membawa kepada saham akhirat. Kalau kawan kita yang sedang sakit ini, kita nak kenakan dia lagi, ini bukan kawan.
“Tidak kira siapa salah sekarang ini. Yazit sakit, bila dia sakit, dia perlukan wang. Mata pencariannya hanya bermain muzik,” katanya.
0 comments:
Post a Comment