Wednesday, May 25, 2016

Filled Under:

PANAS ! Akhirnya Uqasha Senrose Sedar & Terpaksa 'Gulung Tikar'

Kesiannya. Kalau dah selalu di atas, jangan lupa kita juga boleh jatuh terduduk ! Semoga Uqasha Senrose dapat BERSABAR..
Akhirnya Ini Punca Sebenar Yang Membuatkan Uqasha Terpaksa Gulung Tikar..Tak sangka Rupanya Orang Dipercayai selama ini Telah Buat

PANAS ! Akhirnya Uqasha Senrose Sedar & Terpaksa 'Gulung Tikar'


Pelakon Uqasha Senrose memberitahu perniagaan tudung jenamanya sendiri, Uqasha Senrose Collection yang diusahakan kira-kira sembilan bulan lalu sudah gulung tikar akibat ditipu oleh rakan kongsinya.
Memetik laporan mStar online, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata, janji keuntungan bakal dikongsi sama rata tidak ditunaikan malah mendapati individu berkenaan hanya menggunakannya untuk menjual tudung berkenaan.
"Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.
"Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan," katanya yang turut menyatakan pada masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam soal perniagaan
Jelasnya, perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.
Malah kata Uqasha, sejak perniagaan itu dimulakna pada September tahun lalu, dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.
"Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.
"Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya," jelasnya.
Bagaimanapun dia tidak berputus asa malah bercadang untuk memulakan jenama baharu dan akan mengusahakan sendiri perniagaan tudung tanpa melibatkan pihak lain.




0 comments:

Post a Comment