Penduduk kampung gempar tiga jenazah masih berkeadaan baik walaupun dikebumi sejak puluhan tahun
MASHAALLAH GEMPARR PENDUDUK KAMPUNG CIKEMPONG INDO..TUKANG GALI KUBUR TERKEJUT JASAD MAK EROT TIDAK DI MAMAH ANAI DAN CACING TANAH..SETELAH TUKANG GALI KUBUR MELIHAT JASAD TERSEBUT KEJADIAN DENGAN SERTA MERTA TERJADI PADA BELIAU ?
Penduduk kampung gempar tiga jenazah masih berkeadaan baik walaupun dikebumi sejak puluhan tahun | Proses pemindahan kubur penduduk di kawasan Stesen Pakansari, mukim Cibinong di daerah ini Sabtu lalu, gempar apabila tiga jasad yang digali ditemukan masih dalam keadaan baik dan utuh. Walhal, ketiga-tiga jasad yang ditemukan itu telah dikebumikan di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun lalu. Kubur ‘istimewa’ itu milik Mak Erot, 80, Mak Asmi, 70, dan Sarpani, 50, yang merupakan penduduk asal Kampung Cikempong, Desa Pakansari, mukim Cibinong.
“Sebaik sahaja saya lihat jasad itu, saya jadi lemah,” kata Salih, 70, seorang penduduk Kampung Cikempong. Sebanyak 147 kubur di Kampung Cikempong di sekitar Stesen Pakansari dipindahkan selepas kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai akses jalan raya ke kawasan sekitar Stadium Pakansari Cibinong. Kata Salih, ketika digali, ketiga-tiga jasad itu masih dalam keadaan dibungkus kain kafan yang warnanya sudah tidak putih. Namun, katanya, tulang ketiga-tiga rangka jenazah itu masih lagi bercantum, manakala rambut pada jasad Mak Erot masih lagi dalam keadaan baik.
Salih menjelaskan, Mak Erot dikenali penduduk kampung sebagai orang yang rajin beribadah semasa hidupnya. “Mak Erot dikebumikan semasa saya masih kecil, jadi sudah terlalu lama,” katanya. Sementara itu, tokoh agama Kampung Pakansari, Ustaz Atep Miftahudin berkata, ketiga-tiga jasad yang ditemukan dalam keadaan baik itu adalah dari keluarga besar Mak Erot. Bagaimanapun, dia masih belum dapat mengesahkan sama ada jasad Mak Erot yang digali itu adalah seorang ahli perubatan yang namanya cukup terkenal sebelum ini.
– Tribunnews.com