Monday, August 22, 2016

Filled Under:

8 FOTO & VIDEO - SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-10 DI AUSTRALIA... Setiap pasangan patut BUAT macam ni juga...

8 FOTO & VIDEO - SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-10 DI AUSTRALIA... Setiap pasangan patut BUAT macam ni juga...

Hari ini iaitu 21 Ogos merupakan ulangtahun perkahwinan ke-10 Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. 

Bagi meraikan detik istimewa mereka sedekad bergelar suami-isteri itu, Siti dan suami telah bercuti bersama-sama di Australia. 

Menerusi Instagram Siti, beliau telah memuatnaik video yang sangat sweet dimana beliau diberi kejutan oleh suaminya. 

 



"So romantic 😍😍😍 tq my love.. And also Cikgu Murni, Mee mee, Mr. Peter and team for the arrangement and coordination.. 

"Alhamdullillah.. Syukur, Semoga Allah SWT menguatkan lagi kasih sayang kita berdua serta beri kesabaran yg tinggi dlm mengharungi dugaan rumahtangga bersama.. aamiin..," tulis Siti di laman IGnya. 

Beberapa hari sebelum itu, Siti turut menerima kek ulangtahun perkahwinannya yang dihadiahkan peminat. 

 

Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis persandingan mereka pula berlangsung seminggu kemudian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Tarikh itu juga adalah hari ulangtahun ke-38 perkahwinan ibu bapa penyanyi berkenaan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik. 

Pasangan itu turut diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis, Pahang, pada 3 September tahun sama. 

 

 

 

 

 


KEK ULANGTAHUN DARI PEMINAT
 




0 comments:

Post a Comment