Nyaris Berkahwin Dengan Suami Orang. Namun Apa Yang Buat Aku BERSYUKUR Sebab Tak Jadi Kahwin Ialah !!! | Assalamualaikum admin dan warga krt semua…saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dengan semua. 5 thun lps saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui facebook. Saya pulak dok KL, kira tak jauhlah kalau kami nak jumpa selalu.
Dalam 3 hari jugak lah kami hanya berhubung melaui fb dan fon lepas tu terus dia ajak keluar date. Start dari tu hubungan kami makin erat, perkataan sayang tak pernah lekang daripada mulut kami. hampir sebulan kami berkawan baru dia bagitahu saya dia dah kahwin.
mula-mula tu terkejut gak lah tapi sebab sayang sangat kat dia saya tak peduli dia suami orang, janji kami bahagia. lagipun dia cerita dia dengan isteri dah nak bercerai. dalam 2-3 hari kami berjumpa macam biasa, saya cakap nak tengok muka isteri dia. dia tunjuk gambar isteri dan 2 orang anak dia. saya tak tipu isteri dia memang cantik putih melepak lak tu, tak hairanlah sebab orang sarawak memag kebanyakkan nye putih-putih.
Yang peliknya dia takdalah hensem mana pun, kalau nak ikutkan bini dia tu boleh dapat 10 kali ganda hensem dari suami dia tu. Balik tu saya asyik terbayang je gambar isteri dan anak-anak dia, terfikir gak apa perasaan saya kalau di tempat isteri dia, perasaan anak-anak dia. Saya tak berfikir panjang esoknya jugak saya beli sim card baru, sim card lama saya patahkan. Saya blah cam tu tanpa bagitahu apa-apa kata putus. Sampai sekarang ni saya tak tahu dan taknak amek tahu apa-apa pasal dia.
Setahun gak lah saya single baru Allah gantikan saya dengan lelaki yang jauh lebih baik iaitu suami saya sekarang. Alhamdulillah tahun ni genap lah 3 tahun usia perkahwinan kami dan kami dikurniakan zuriat yang baru berusia 5 bulan.
Lama gak lah kami tunggu nak dapat anak tapi suami tak pernah amek kesempatan gunakan alasan nak anak untuk kahwin 2. Dia cakap kalau takd rezeki nak buat cam mana, tak apa kita amik je anak angkat. Sampai sekarang ni saya rasa sangat bahagia, syukur sujud kepadamu ya Allah sebab temukan saya dengan lelaki yang sangat-sangat baik.
Nasihat saya untuk perempuan-perempuan kat luar sana, kalau terjebak cinta dengan suami orang baik angkat kaki blah. Insyaallah…Allah akan gantikan korang dengan pasangan yang jauh lebih baik. Jangan guna alasan takdir untuk meruntuhkan rumah tangga orang, anggap je tu 1 ujian. Allah nak uji keimanan korang je, Allah nak tengok sama ada korang sanggup runtuhkan masjid orang lain atau tidak. beringat ye semua.. Allah sangat murka kalau kita runtuhkan masjid orang lain.
0 comments:
Post a Comment