Kuala Lumpur: Muka ganas dan badan penuh cacahan tatu kongsi gelap. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila lelaki berusia 33 tahun itu merayu dan menangis sejurus ditahan polis.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, suspek yang juga anak Datuk ditahan polis di Jalan Sungai Besi berhampiran kelab malam, di sini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, lelaki itu ditahan polis selepas didapati memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.
Menurutnya, suspek pada mulanya melanggar kereta di Jalan Pudu Ulu, di sini, sebelum memandu melawan arus lebih tiga kilometer.
“Dalam cubaan untuk melarikan diri, suspek turut melanggar tiga kereta lain sebelum ditahan di Jalan Sungai Besi.
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.
0 comments:
Post a Comment