Siang Malam Main Fon..Ayah Sunyi, TERBONGKAR Satu Hari Ini ‘KERJA’ Mak… |Sejak akhir-akhir ini mak saya galak-galak berwhatsapp dengan secret admire (lelaki tu yang suka kat mak. Dulu mak tak tahu sekarang baru tahu) dia zaman sekolah dulu kala. Berwhatsapp macam orang angau bercinta,senyum sorang-sorang, gelabah bila handfon takda line.
Sanggup berjaga tengah malam sebab berbalas mesej, gelabah bila fon takda bateri, keadaan rumah terabai, masak untuk ayah boleh dikira dengan jari, menyanyi lagu rindu-rindu, send gambar-gambar ke mana sahaja kat lelaki tu, tak nak drive sebab nanti tak dapat reply whatsapp.
Arghhh saya stress!! Mula-mula saya ambil tak kisah sebab fikirkan biarlah dah jumpa member-member lama tapi lama-lama keadaan jadi teruk dengan secret admire tu dia whatsapp personal ditambah pula dengan group whatsapp geng-geng yang send mesej lucah padahal semua dah nak masuk 6 series, tolonglah semua bagi pendapat kat saya.
Sekarang saya jadi kurang ajar dengan mak saya,perli-perli dia, tak layan dia bila minta bantuan. Kira saya dah tawar hati dengan perangai dia. saya kesian dekat bapa saya, bapa saya boleh dikira sebagai buta pasal fon canggih ni, dia pakai nokia cikai je. sampai hati mak buat bapa saya macam ni.
Apa-apa yang bapa saya nak,dia suruh saya je yang tolong buatkan sebab sibuk sangat melayan jantan tu!! Bapa saya tahu sikit-sikit je pasal ni itu pun lepas saya perli-perli mak saya depan bapa saya,baru mak cerita sikit saya rasa mak saya dah tak jujur dengan bapa saya!!
.
Saya sedih, dia cakap kawan biasa ja tapi dah tahap melampau bagi saya. Bini lelaki tu ada call mak saya dan masing-masing nak tunjuk baik cakap ‘ok je’ tapi tak ok bagi saya!
.
Tolong bagi hukum/nasihat/pendapat kat saya,kami adik-beradik (semua perempuan) betul-betul kecewa,mungkin ini salah satu sebab saya rasa tak perlu kahwin. Keluarga saya dah teruk,saya nak jaga keluarga saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni.

0 comments:
Post a Comment