Mersing : Penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut selepas Perodua Kelisa dipandunya terbabit kemalangan dengan Toyota Wish di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, kejadian jam 4.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Intan Waheeda Zulkarnain, 21, maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Wish.
"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana kenderaan dinaikinya terbakar," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Mersing untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemandu Toyota Wish dilaporkan selamat.-HM
0 comments:
Post a Comment