Lately ni, cerita dan kontroversi mengenai “Syed Saddiq” atau lebih dikenali sebagai “pendebat terbaik Asia” telah hangat diperkatakan dan menarik perhatian ramai masyarakat.
Beberapa bulan yang lalu, Syed Saddiq telah mengkritik anak perempuan TPM, menyelar Perdana Menteri Najib sebagai “memalukan negara“, mengkritik DAP, digelar sebagai “pejuang kebebasan bersuara“, dan yang terbaru ni beliau telah membentuk sebuah kumpulan dikenali sebagai “Challenger”, singkatan untuk “Change Led by the Young Generation” (Perubahan Dibawa Generasi Muda). Beliau juga telah dipelawa untuk berdebat mengenai 1MDB dan Tabung Haji. Tak cukup dengan tu, beliau sendiri telah mencabar Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar untuk berdebat secara terbuka.
Apa yang hebat menjadi pendebat? Mungkin ni adalah satu jalan untuk orang lain melihat dan mengintai ke dalam arena perdebatan Malaysia. Terdapat ahli politik yang telah mencabar beliau untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang bagi membuktikan yang beliau ni adalah remaja hebat dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pengundi muda.
6 fakta yang anda perlu tahu tentang Pendebat Malaysia:
1. Kontroversi sebegini bukan yang pertama kali di Malaysia..
Walaupun banyak yang telah kita mendengar mengenai kes Syed baru-baru ini, namun sebenarnya perkara ni bukannya kali pertama berlaku di Malaysia.
Pada Mac 2013, KDU University College telah menjuarai pendebat terbaik di dalam Dato’ CQ Teo Debate Challenge dengan topik terakhir pertandingan “This house believes that the people and not the cardinals should elect the pope”. Ia telah mendapat liputan dari TheStar, dan beberapa masyarakat Malaysia yang merasa marah dengan pendebatan isu sensitif sebegitu.
Bagi perspektif pendebat pulak, soalan itu adalah untuk menguji pengetahuan dan tahap kebijaksanaan mereka. Mereka lebih suka berdebat walaupun isu itu akan menimbulkan kontroversi, dan mencabar kepercayaan sendiri; walau apa pun rintangan, ia akan terus di debatkan.
2. Kami pon terkejut ianya mendapat sokongan daripada gomen
Pasti korang terkejutkan apabila mengetahui bahawa debat ni di jadikan sebagai aktiviti ko-kurikulum yang dibiayai dan disokong oleh pihak gomen. PR untuk Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) telah memberitahu CILISOS.MY yang kebiasaanya,gomen akan melabur antara RM200,000 – RM300,000 setiap tahun dalam menghadapi persediaaan pertandingan perdebatan dan bengkel untuk sekolah-sekolah dan universiti-universiti kita.
Selain tu, Kementerian Belia dan Sukan pun turut melaburkan dananya ke Malaysian National Intervarsity Debating Championship(Nationals). Sebab tu lah, setiap kali kalau ada para pendebat yang memperolehi sesuatu kejayaan, Perdana Menteri kita akan sentiasamengucapkan tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh para pendebat tersebut. Way to go Malaysia! It seems like debat itu memanglah budaya kita.
3. Latihan rejim kami adalah quiet nerdy
Mereka akan perdebatkan apa saje dan semua benda! Termasuklah falsafah, ekonomi, politik, undang-undang, hak sosial, budaya, pop dan lain-lain.
Ada yang bertanya: Ohh jika saya prefer untuk berehat dan menonton TV je, boleh tak saya jadi seorang yang amazing?? Dan jawapannya adalah….. hmmm kemungkinan besar TIDAK!
Typical seorang pendebat biasanya ia akan membuat latihan 4-6 jam setiap minggu. Bagi mereka yang bakal menghadapi perlawanan yang besar dan penting, kebanyakkan mereka akan menggandakan masa latihan seperti yang sediakala. Selain tu, setiap pembahas juga haruslah menjadi seperti ulat buku, membaca setiap hari : sentiasa update pengetahuan yang dimiliki dengan isu-isu semasa, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelosok dunia!
Basically nya, pemalas bukan lifestyle seorang pendebat. Begitu juga dengan benda lain dalam kehidupan kita kan, kalau nak memperolehi sesuatu kejayaan, perlu bekerja keras. Usaha tangga kejayaan!
” Bagi saya latihan yang terbaik adalah jika anda sentiasa konsisten dengan segala usaha yang anda lakukan “- Jasmine Ho, pendebat terkenal Malaysia
4. Mereka juga mempunyai sorakan tersendiri!
Well, bukan setakat bola sepak je tau ada sorakan, tapi untuk pertandingan debat juga mempunyai sokongan, semangat dan sorakannya tersendiri :
“You’ll never beat Malaysia!”
Tanpa mengira latar belakang institusi, mereka semua bersatu sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa berbangga dengan pencapaian masing-masing. Keakraban mereka itu dipuji oleh ramai pendebat antarabangsa. Kejayaan mereka itu turut diabadikan ke dalam hashtag #youllneverbeatMalaysia :
5. Malaysia berjaya menewaskan Oxford, Yale, Cambridge dan juga Harvard!
Pencapaian mereka pada tahun 2015 adalah di luar apa yang di bayangkan dimana mereka lebih banyak mencipta sejarah dunia :
- The World Universities Debating Championships (WUDC) adalah pertandingan perdebatan dunia yang terbesar (setara dengan Sukan Olimpik). Pada edisi 2016, pasukan Malaysia mengambil tiga daripada 48 tempat utama!
- Team dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang terdiri daripada Jasmine Ho Abdullah dan Mifzal Mohammed, menduduki tempat KEDUA di seluruh dunia pada WUDC 2016, mengalahkan pembahas dari Harvard, Cambridge, Yale, Oxford dan banyak lagi. Ia merupakan sejarah sepanjang 35 tahun kewujudan WUDC, dimana Malaysia berjaya memperolehi kejayaan yang tertinggi bagi pasukan Asia.
- Mereka ni telah mendominasi litar perdebatan Asia. Pada tahun 2015, pasukan Malaysia menduduki kedudukan Juara dan Naik Juaradi dalam United Asians Debating Championship (UADC). Mereka ini juga telah memperolehi Anugerah Overall Best Speaker dan Second Overall Best Speaker di Asia.
- Bukan setakat pendebat universiti je, malah kita juga ada sekolah pendebat-pendebat yang terbaik ! Mereka merupakan juara Asiabagi kedua-dua tahun 2014 dan 2015, mengalahkan Filipina dan Singapura.
Korang pasti tak sangka kan bila tahu sebenarnya….
6. … kebanyakkan para pendebat yang terbaik ni, mereka tidak mahir berbahasa Inggeris!
Mereka terdiri daripada kumpulan yang memiliki pelbagai masyarakat, etnik, umur, sistem pendidikan dan kewarganegaraan-lebih pelbagai daripada bahan-bahan dalam mee goreng mamak kegemaran korang tu….
Behrad Taadoli, seorang pelajar Iran dari Asia Pacific University (APU). Pada tahun 2015 edisi WUDC, Behrad team debatnye telah menduduki ranking ke-24 di dunia. (Kedudukan bawah mereka ialah….. Oxford!)
Pada mulanya ketika beliau mula-mula memasuki bidang perdebatan pada tahun 2011, Behrad ni tak pandai pun bercakap bahasa Inggeris, dan tak de siapa pon yang sangka beliau ni akan menjadi seorang pendebat yang hebat suatu hari nanti. Namun ia sedikit pun tidak menghalang beliau untuk terus berusaha dan cuba, cuba dan terus mencubaa… Beliau telah mengambil masa dalam dua tahun untuk memperbaiki dan mempelajari bahasa Inggeris. Dalam masa sehari, beliau akan spend masa sehingga tujuh jam untuk mempelajari bahasa Inggeris!
Lebih ramai orang yang mengejek bahasa Inggerisnya dan memandang rendah kepada beliau, lebih tinggi semangat dan motivasi yang ditanam dalam diri untuk membuktikan kebolehan beliau.
0 comments:
Post a Comment