Wednesday, August 17, 2016

Filled Under:

Kenalkan Boyfriends Untuk Kakak..Lepas 2 Minggu Aku Menyesal Mak Sanggup Buat...

Kenalkan Boyfriends Untuk Kakak..Lepas 2 Minggu Aku Menyesal Mak Sanggup Buat... 
CaptureKenalkan Boyfriends Untuk Kakak..Lepas 2 Minggu Aku Menyesal Mak Sanggup Buat… |Saya buntu baru-baru ni,saya kenalkan bf pada akak saya,.saya fikir ia memudahkan dan merapatkan hubungan malah kami menjauh?! Apa perlu saya buat? Diam? Atau jauhkan diri?? Rasa menyesal pun ada!
Cerita bermula begini..
Sebulan lepas saya dan suami kenalkan kawan suami bernama is pada akak saya Wa,.sebelum perkenalan,saya dan suami selalu bawa akak saya berjalan,makan,movie,bercuti dan shopping,.segala perbelanjaan suami saya tanggung,gaji suami 4k sahja,.akak sy tinggal bersama mak dan adik2 saya yg lain.,akak saya cuma bayar bila astro sahja,.serta wang belanja untuk mak saya,.maklumlah saya lepas belajar terus kahwin,memandangkan bapa suami nak tanggung sikit,.kalau nak kumpul duit mungkin makan tahun.

Bila waktu cuti kami bertiga keluar bersama-bersama,sangat ok happy bahagia gelak ketawa, minggu depan suami nak outstation, saya minta izin bawa akak saya Wa,nanti saya bosan dekat hotel. Suami izikan,dia bayar semuanya,dia tak penah berkira. Setiba disana,akak share story yang dia dikacau duda la,kawan lelaki lah tapi hatinya belum terbuka,cuma rimas selalu diganggu.

Saya pun fikir nak bagitahu suami,carikan jodoh kat akak saya,suami kata ada kawan dia nama ‘Is’ belum kahwin,ada kereta besar dan gaji pon 5/6k.Kami setuju kenalkan pada esoknya di tempat suami outstation tu,mulalah sesi perkenalan mereka.Selama 2 hari kami di tempat orang,memang seronok kami berempat habiskan masa bersama2.Habis saja meeting,saya paksa akak bertukar nombor telepon lagipun rumah mereka dekat sangat,tak sampai 10minit. Akak saya dan is happy la,masing-masing nak kenal hati budi. Is ni orangnya lurus sikit,ikut je apa orang kata,dia pun ada rupa,ada kerjaya.

Balik je dari outstation,bila waktu cuti sahaja,kami berempat keluar habiskan masa bersama.saya masak di rumah,jemput akak saya dan bf dia datang rumah, Is puji masakan saya,esoknya kami makan tempat-tempat mahal. Akak saya dan is tak makan warung atau kedai mamak,kotor katanya.

Lepas 2 minggu macam tu,saya mesej akak saya, Nak pergi mana esok,sebab suami saya awal-awal dah mesej is nak keluar.Ya allah betapa sentap hati saya dia balas ‘dah-dah lah berhutang budi,suami ko mesej ke ko yang sengaja ajak keluar?’ .Sentap terus hati saya,terpaku sekejap,kenapa dia berubah secepat ni? Kenapa dia tuduh saya pulak? Sedangkan suami selalu jumpa Is di tempat kerja. Binggung 1 hari saya fikir kan,apa saya dah buat? Ada yang tak kena ke?

Rupanya saya selidik,mereka nak jalan berdua tanpa saya dan suami,biasalah hangat bercinta tapi yang lagi musykil,dia sound saya kenapa? Saya ni ganggu dia ke? Suami kata biarkan lah?jangan kacau.

Esoknya saya tengok lah IG dia, dia upload gambar dengan mak saya,keluar pergi sana-sini,pergi tempat makan yang saya dengan suami nak makan, dia dah upload pic awal-awal.
Sebelum ni mak dengan saya ok je,call makan lepak mesej semualah, baru-baru ni langsung tiada! Hari ke hari,minggu ke minggu saya tengokan je dia upolad keluar dengan family saya,bawa pergi sana-sini.

Tipulah saya seorang adik tak diendahkan,apa salah saya?call tidak! Mesej tidak! Saya datang rumah pun mereka diam,tak borak macam dulu,selalu pelawa saya makan,sekarang tak,mereka banyak lebihkan Is dari saya dan suami.

Dah lama berlanjutan macam ni,saya dan suami terus disisihkan,saya pelik kenapa?suami saya tak macam Is selalu bawak makan sana-sini,bukan orang kaya macam Is.Tapi tak kan sampai wang ringgit jadi ukuran? Sampaikan suami saya sekarang dah tak jumpa Is,bertegur pun tak? Saya ingatkan bila kenalkan is pada akak saya,kami makin rapat tapi makin jauh.

Saya akui saya lebih sayangkn mak mertua,dia tak bezakan harta,dari mak sendiri gelap mata nampak orang lain tabur duit dan kebaikan.Saya hanya tebalkan muka setiap kali kerumah mak,tapi kali ni langsung dah tak jejak,call tak angkat,selalu takda rumah.

Cuti pun mereka diamkan diri,buat hal mereka tanpa saya.Saya kadang menyesal kenalkan dekat akak saya,tapi kalau tu jodoh dia,saya doakan lah.Suami kata,akak awak susah kita tolong,dia senang sikit lupa diri,abaikan je lah,akak dengan mak awak sama naik nampak orang banyak duit.Saya nak nangis?dah malaslah,saya duk terperap kat rumah layan astro dan dekatkan diri dengan tuhan sahaja.saya tak tahu mana silap saya,sedih tuhan je yang tahu.-KRT




0 comments:

Post a Comment