Friday, December 18, 2015

Filled Under:

Bila mayat mak nak keluar rumah, Biar kita adik beradik semua pikul keranda MAK kita


Bila mayat mak nak keluar rumah, Biar kita adik beradik semua pikul keranda MAK kita"
Mak.., ini kali terakhir saya dapat tengok mak. Ini kali terakhir saya dapat pegang mak. Selepas ini..."

Bila mayat mak nak keluar rumah, #cepat-cepat kita pegang keranda mak. Biar kita pikul, kalau boleh semua adik beradik lelaki yang pikul. Jangan bagi orang lain sebab ini mak kita. Dulu dia yang dukung kita. Dia yang bawa kita dalam perut dia. Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawa mayat mak ke kubur itu, teringat #balik waktu mak pegang tangan kita. Waktu kita baru pandai berjalan, mak langsung tak bagi kita jatuh. Sekarang kita nak hantar mak pergi jauh. Sampai ke kubur, jangan bagi orang lain sambut mayat mak. Adik beradik lelaki semua terjun dalam liang, sambut mayat mak. Biar kita yang buka ikatan kafan itu. Biar kita pusingkan mayat mak menghadap kiblat. Biar kita yang letak bantal tanah di belakang badan mak.
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal, ada selimut, jangan sampai kena gigit nyamuk. Ini kali terakhir kita dapat tengok mak. Selepas ini dah tak ada dah. Waktu ini, kalau kita ada dosa dengan mak, dah terlambat nak minta ampun dah.
Biarlah kita yang uruskan mayat mak, bukannya orang lain. #Cakap dalam hati;
"Mak, ini kali terakhir saya dapat tengok mak. Ini kali terakhir saya dapat pegang mak. Selepas ini saya tak dapat tengok mak lagi, tak dapat pegang mak lagi. Mak tunggu saya eh. Sampai masa nanti saya akan jumpa mak di sini.
"Sementara ini, mak duduk di sini. Saya pulangkan mak pada #Tuhan. Nanti saya doakan untuk mak dan saya akan hantar sedekah untuk mak. Mak jangan risau, saya janji dengan mak,"
Dengar betul-betul talkin untuk mak kita itu. Inilah pertama kali dan terakhir kali kita dapat dengar. Balik saja dari kubur mak, cepat-cepat doakan#untuk mak.
"Ya Allah, aku redha Kau ambil mak aku. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku. Dulu dia melahirkan aku, mendidik aku, menyayangi aku. Ya Allah, Kau sayangilah dia pula. Kau terimalah amal ibadatnya, luaskanlah kuburnya, naikkanlah darjatnya Ya Allah. Kau haramkan api neraka buat mak aku. Ya Allah, jadikan mak aku hambaMu yang mulia,"
Selepas itu, ingat balik semua jasa mak. Ingat balik apa nasihat mak. Ingat semua pesanan mak. Mak suruh jaga adik beradik, jangan bergaduh. Kasihan pada mak, dia tak senang di sana bila anak-anak dia bermusuhan.
Mak cuma boleh menangis saja dari jauh. Kita yang tinggal ini jangan lupa pada mak. Hantar pahala untuk mak di sana. Kasihan pada mak. Kalau kita yang mati, mak tak berhenti berdoa untuk kita sebab mak sayangkan anak-anak dia. Takkan kita sebagai anak zalim pada mak? Takkan kita kingat saja tapi tak ada buat apa-apa?
Itulah mak kita, satu-satunya mak kita. Bukan orang lain. Al-Fatihah.

Bukan ku minta belas ikhsan dan simpati tetapi kerana aku rindukan ibuku yang jauh di sana. - Mohamad Amirul Ahmad




0 comments:

Post a Comment