Lagi kisah di Kota Raya (16 Disember 2015). Pakcik ini datang sendiri menceritakan nasib beliau. Kehadiran pakcik ini melihat aksesori telefon yang dipamerkan di kedai kami menjadi tanda tanya. Bila ditanya cari apa, dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa membalas pertanyaan kami.
Senyum pun tidak, angguk pun tidak, geleng kepala pun tidak. Lama juga gelagatnya diperhatikan oleh kami. Sampai gambarnya kami boleh rakam secara berdepan tanpa dia sedari.
Dia termenung saja melihat aksesori telefon yang dipamerkan.
"Kenapa pakcik?"
Sedih melihat raut wajahnya. Lama juga kami cuba memujuknya, akhirnya beliau menceritakan jua apa yang tersirat di sebalik wajah kesedihannya itu tadi.
"Pakcik tak tahulah nak cakap macam mana, benda ini berlaku sangat pantas," katanya.
Rupa-rupanya pakcik ini ada memegang satu beg kertas tertera jenama OPPO. Lalu ditunjukkan isi di dalam beg tersebut.
Pakcik ini menceritakan satu persatu kejadian yang berlaku. Dia pergi ke Kota Raya kerana ingin menghadiahkan telefon pada isterinya.
Mula-mula, dia melihat harga yang dipamerkan di kedai tersebut, RM800. Dia pun bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon berkenaan. Jurujualnya menerangkan dengan lebih lanjut.
Berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, pakcik ini terus menyatakan bahawa dia berminat dan mahu membeli telefon itu. Lalu jurujual terbabit meminta wang RM1,000 terlebih dahulu sebagai bukti (deposit) yang pakcik ini benar-benar berminat.
Tanpa berfikir panjang, pakcik yang berusia lingkungan 55 tahun ini terus menghulurkan wang yang dipinta. Jurujual tadi meminta pakcik ini menunggu seketika sementara dia pergi mengambil stok telefon di stor.
Selang beberapa minit kemudian, jurujual tadi datang membawa telefon yang diminat oleh pakcik ini.
Serta merta dia menjadi keliru, tadi jurujual tunjuk model yang lain tetapi yang dibawa pula model yang lain. Sekali lagi pakcik itu menjelaskan bahawa dia berminta pada model Oppo R7plus, bukannya pada model yang baru dibawa oleh jurujual itu.
Tanpa mempedulikan pakcik itu, jurujual itu terus mengambil model R7plus itu dan menyiapkan bil-bil.
"Semua sekali RM3,100," kata jurujual itu.
Alangkah terkejutnya pakcik ini apabila telefon yang disangkakan berharga RM800 pada mulanya, tiba-tiba menjadi RM3,100.
Disebabkan rasa bersalah, bil sudah dikeluarkan, takut dimarahi oleh jurujual berkenaan dan bimbang RM1,000 tadi hangus, pakcik itu terpaksa akur saja dengan jumlah yang dikenakan. Habis kesemua duitnya diserahkan kepada jurujual Oppo itu.
Bagaimanapun, pakcik ini kekurangan RM300 dan meminta jurujual terbabit mempertimbangkan masalahnya serta dia berjanji akan membayarnya jika memperolehi duit kelak.
Akhirnya, pakcik pulang dalam rasa yang sesal dan binggung memikirkan di mana silapnya.
Persoalannya, harga telefon RM2,098 adalah benar. tetapi dari mana datangnya charge fee RM799? Benarkah Android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?
Siapa yang boleh membantu pakcik ini sila tampil dan sama-samalah kita sebarkan cerita ini untuk membantunya. - FB Page Repair Handphone.
Siapa yang boleh membantu pakcik ini sila tampil dan sama-samalah kita sebarkan cerita ini untuk membantunya. - FB Page Repair Handphone.
0 comments:
Post a Comment