Sebutir berlian didakwa sebagai memiliki kualiti terbesar di dunia dengan kadar 1,111 karat berjaya ditemui iaitu setelah selang 100 tahun permata terakhir sedemikian pernah direkodkan dahulu.
Batu berharga ini tidak hanya membuatkan syarikat yang menjumpainya berasa terkejut malah saham, Lucara, firma perlombongan berlian tersebut juga dilaporkan naik mendadak sehingga 32 peratus pada akhir dagangan.
Stesen penyiaran antarabangsa CNN pada Jumaat melaporkan, berlian kedua terbesar di dunia dari segi saiz itu ditemui baru-baru ini. Pihak Lucara juga belum memutuskan bila dan bagaimana akan menjual berlian itu di pasaran.
Firma tersebut bahkan belum lagi menaksir nilai sebenar permata itu yang memiliki ukuran 65 mm x 56 mm x 44 mm dan terbesar pernah dijumpai di Botswana, sebuah negara bekas jajahan British di selatan benua Afrika.
Untuk rekod, berlian terberat yang pernah ditemui sepanjang sejarah dunia memiliki kadar 3,106 karat. Batu permata tersebut diberi nama Cullinan Diamond dan ditemui di Afrika Selatan pada 1905 lalu.
Salah satu potongan berlian berkenaan yang diberi nama First Star of Africa terdapat dalam mahkota raja Britain ketika zaman itu dan kini dipamerkan kepada awam di Tower of London.
Walaupun tidak memerlukan, kami telah diarahkan untuk melakukan apa yang tidak diingini dan seterusnya.
0 comments:
Post a Comment