Friday, December 18, 2015
Filled Under:
TUDIA EHHH Jadi Gelandangan Selama 11 Tahun Lepas Tertinggal Bas Ketika Menonton Bola
Posted By:
Unknown
on 11:13 PM
Rolf Bantle menghabiskan masa selama 11 tahun di Milan sebagai gelandangan selepas ditinggalkan bas penyokong gara-gara tersesat di dalam Stadium San Siro pada 25 Ogos 2004. AGENSI
MILAN 10 Nov. – Pada Ogos 2004, Rolf Bantle datang dari Switzerland ke Itali semata-mata mahu menyaksikan pasukan kesayangannya, Basel FC menentang pasukan Inter Milan di sebuah bandar di negara ini.
Namun selepas selesai perlawanan, lelaki berusia 71 tahun itu tersesat jalan menyebabkan dia terkandas di Milan selama 11 tahun dan terpaksa hidup sebagai gelandangan.
Mengimbas kembali bagaimana situasi itu boleh berlaku, Bantle yang berasal dari Basel, berkata, dia datang ke Stadium San Siro pada 24 Ogos 2004 bersama sekumpulan penyokong menaiki bas untuk menyaksikan perlawanan getir Liga Juara-Juara tersebut.
Namun ketika perlawanan berlangsung, Bantle pergi ke tandas di stadium tersebut, tetapi gagal mencari tempat duduk yang ditempah bersama rakan-rakannya.
Malah selepas habis perlawanan, dia gagal muncul di tempat bas menunggu dan ditinggalkan di stadium tersebut.
“Saya berada di bahagian lain stadium itu dan gagal menemui kumpulan penyokong yang datang bersama saya.
“Saya hanya mempunyai 20 euro (RM94) sahaja dan tidak mempunyai telefon bimbit, menyebabkan saya terpaksa hidup berkelana di Milan,” katanya seperti dilaporkan portal Oddity Central.
Di sebalik berasa panik, Bantle menyedari dia tidak mempunyai komitmen dan tiada saudara lain, sekali gus mengambil keputusan untuk menikmati kebebasan tersebut di kota Milan.
Bantle berkata, dia berjaya meneruskan kehidupan disebabkan kebaikan penduduk tempatan selain menggunakan tandas awam untuk mandi dan mengunjungi perpustakaan tempatan.
Kisah Bantle hanya diketahui umum baru-baru ini selepas dia mengalami keretakan tulang paha kerana terjatuh dan tidak mempunyai insurans kesihatan untuk mendapatkan rawatan di hospital di Itali.
“Pihak hospital kemudiannya menghubungi Kedutaan Switzerland dan saya dibawa pulang ke tanah air sebelum ditempatkan di rumah orang-orang tua di Basel.
“Pengalaman berkelana seorang diri di Milan selama 11 tahun merupakan kenangan yang menggembirakan dalam hidup saya,” katanya. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment