Thursday, August 18, 2016

Filled Under:

Pelik Kereta,Motor Ditarik & 2 Tahun Tiada Nafkah Batin..Bila Aku Siasat Rupanya Suami Amalkan...

Pelik Kereta,Motor Ditarik & 2 Tahun Tiada Nafkah Batin..Bila Aku Siasat Rupanya Suami Amalkan... 
fg
Pelik Kereta,Motor Ditarik & 2 Tahun Tiada Nafkah Batin..Bila Aku Siasat Rupanya Suami Amalkan… |Ini adalah rentetan dari kisah rumahtangga saya,kami dah berkahwin selama 18 tahun. kami ada anak 4 orang dan yang sulung berusia 17 tahun. Dan selama 18 tahun la hidup saya banyak makan hati sebab berkali-kali dicurangi, lepas seorang, seorang dan sekarang pun ada seorang  tapi syukurnya setiap kali tu la saya pasti dapat taw.
Penat dah hati dan perasaan ni tanggung semua,dah takde airmata nak dikeluarkan. Hati saya rasa kosong bila lihat dia. Bak kata dah takda perasaan langsung, bila mintak dilepaskan, dia tak mahu,tak tahu la sampai bila saya perlu bertahan dan paling xtream, dah 2 tahun saya tak dapat nafkah batin sebabnya ‘barang’ dia dah tak berfungsi,taktahu kenapa mungkin sebab dia adakala ambik ganja dan makan pil bila suruh berubat, dia kata dah cuba tapi tak boleh jugak. bukan saja itu, nafkah zahir selama 18 tahun pun tak pernah saya dapat.Duit belanja rumah semua dia yg uruskan tapi sering tak mencukupi. ada saje yang miss bayar.
Sekarang kereta, motor semua da kena tarik sebab tak berbayar. Yuran sekolah anak bertunggak 2,3 bulan. Paling sedih, duit simpanan sesen pun takda.18 tahun kahwin takda duit simpanan bila ada emergency terpaksa meminjam. Lepas tu nak membayar liat. Anak yang sulung dah tak bersekolah sebab dibuang sekolah masa umur 15tahun. Punca nya masa anak 14 tahun, anak melihat sendiri ayahnya bersama perempuan lain. Sejak dari tu dia mula memberontak. Mula hisap rokok, ponteng sekolah, berkawan dengan budak yang lebih tua. Keluar lepak malam baru balik. sekarang dia da kerja dgn gaji mingguan. Takpa lah sekurang nya dia tak terus terjerumus dgn budak budak nakal. Tapi bila gaji tiba, bapaknya yang pinjam duit. Berbayar nya balik langsung tak pernah. Kesian anak.
Pernah dalam masa duit belanja tak mencukupi, sy berniaga. Dapat menyimpan sikit. Tapi yang simpanan tu pun habis sebb duit belanja dapur tak cukup. Sy skrg betul2 dah tawar hati dengan perkahwinan kami… hidup tak seperti suami isteri lagi. Sy buntu. Tapi sy taktaw kenapa sy masih lagi bertahan sampai sekarang. Sy tak pernah cerita perihal rumahtangga pd family. Sebab sy taknak family tahu kisah sedih sy. Dan sebolehnya sy taknak family tahu suami sy bperangai begini. Sy hadir disini pun sebb sy takda tempat nak meluahkan. Selama 18 tahun sy simpan sorang benda ni. Sy nak sgt rasa bahagia tapi macam tak nampak bahagia tu.-KRT




0 comments:

Post a Comment