Monday, August 15, 2016

Filled Under:

Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!!

Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!! | Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya ‘game’ itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.

Isu Pokemon. Ini Jawapan GEMPAR Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!!
Selepas beribu email wartawan hantar, selepas ribuan sms whatsapp masuk, selepas banyak PM dan komen di FB bertanyakan Dr Maza ttg isu Pokemon, selepas lama berdiam diri akhirnya Dr Maza bersuara.. Dr Maza memberitahu Pokemon ini adalah......

1
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.
Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.
Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.
Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.
Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan ‘pokémon salahguna dan salah tadbir’ yang dia terlupa untuk fikirkan.
Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.
Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada. KREDIT DR MAZA.




0 comments:

Post a Comment