Inilah Kandungan SURAT Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia Yang Buat PM Najib CUAK !!!
Ketika sedang berada di hospital, Tun M mengarang warkah ini. Dari hati nuraninya... Dia memberitahu bahawa.....
Inilah Kandungan SURAT Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia Yang Buat PM Najib CUAK !!! | Kepada Rakyat Malaysia, Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru. Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin. Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.
Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.
Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.
Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.
Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.
Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.
Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.
Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.
Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.
Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.
Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.
Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.
Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.
Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.
Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.
Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.
Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.
Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.
Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.
Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.
Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.
Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.
Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua. KREDIT TUN MAHATHIR CHEDET.CC
0 comments:
Post a Comment