baca lagi...
Pagi ini bertebaran berita yang agak mengejutkan kami, dimana ramai yang mengatakan rumah tangga pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee sedang bergolak.
Spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula timbul apabila Farah menerusi akaun Instagramnya memuat naik status yang penuh tanda tanya dan pada masa yang sama menggambarkan beliau kini dalam proses untuk memulakan sebuah kehidupan baru.
Berikut status Farah di Instagram :-
Berdasarkan pemerhatian kami, gambar Ally di akaun media sosial Farah juga sudah dipadam. Apakah benar mereka mempunyai masalah? Apa-apa pun kami harap Ally dan Farah dapat menyelesaikan kemelut yang mereke sedang hadapi dengan baik.
Menurut Farah Lee di Instagram, dia berharap agar permulaan baru yang lebih baik di dalam kehidupannya. Selain itu, para pengikut Instagram Farah juga menyatakan bahawa gambar-gambar Ally juga telah dipadam malah ada dakwaan yang menyatakan mereka sudah pun bercerai secara baik di mahkamah.
Apa pun perkara yang terjadi, semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. Ally Iskandar telah bernikah pada Januari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel.
Apa pun, jika benar perkhabaran yang diterima, bila sudah tiba masanya pasti Ally akan bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar.
komen2 org ramai ttg perceraian
dan yg paling PELIK ialah elly ada tag seseorang yg dia pernah kena reject dulu
tgk di bawah
Luahan Hati Ally Iskandar selepas pendedahan lamaran kepada Fasha
Masih ingat tak lagi dengan luahan hati Fasha Sandha dimana pada luahan hati tersebut Fasha dengan berani dan tanpa berselindung menulis dan menyatakan yang Ally Iskandar Mohd. Mardzi atau lebih sinonim dengan panggilan Ally pernah melamarnya?
Fasha=Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ….
Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya…..
Kali ini, Ally Iskandar pula membuat ‘luahan hati’ apabila ditanya mengenai apa yang dituliskan oleh Fasha Sandha mengenai lamaran’nya ditolak itu. Ayuh ikuti apa kata Ally kat bawah ni.
“Perkara ini semakin tersebar di Internet. Saya enggan komen dan tak mahu cerita ini jadi panjang. Saya tahu apa yang berlaku.
“Lagipun adakah dia telah membuat pengakuan bahawa dia yang menulis blog itu? Seperti yang semua tahu, laman-laman sosial seperti MySpace, Facebook mahupun Friendster, ia tidak semestinya dikendalikan oleh artis yang sebenar.
“Mungkin orang lain yang mendaftar menggunakan nama pelakon itu,”
“Saya tak tahu nak rasa macam mana. Bila nama dikaitkan dengan sesuatu perkara, kita terima tanpa perlu melatah. Langkah terbaik, saya tidak akan bagi sebarang reaksi. Lagipun, hidup perlu diteruskan bukan?”
0 comments:
Post a Comment