Oleh Fyruz Hanna
Cerita hangat di ruangan forum kini adalah mengenai berita penceraian pelakon Fasha Sandha dan suaminya.
Berita yang disebarkan di instagram itu mendapat perhatian forumer kerana seorang Instagramer @rinatariena yang mendedahkan kisah penceraian mereka diruangan komen didalam Instagram.
Sejauh mana kesahihan berita ini masih lagi samar namun @rinatariena dalam kenyataannya berani untuk 'tagged' ibu mertua Fasha dan juga suami Fasha.
Walaupun sebelum ini Fasha dilihat memuatnaik status sedih mengenai jodoh namun semuanya masih lagi menjadi misteri.
Apa pun, marilah kita sama-sama berdoa jodoh pasangan berkekalan hendaknya. -CARI Infonet.
0 comments:
Post a Comment