Tuesday, December 15, 2015

Filled Under:

VIRAL Kanak - Kanak Jual Bubur 20 Sen,Ingin Bantu Orang Susah

Jika sebelum ini banyak kisah di luar negara mereka yang membantu orang gelandangan dan juga golongan kurang berada, kini ia turut semakin banyak diaplikasikan di negara ini.
Terbaru, dua orang kanak-kanak berusia 10 dan 8 tahun didapati menjual pelbagai makanan seperti bubur ayam, dadih, cekodok pisang, sandwich telur dan mi goreng dengan harga begitu murah, serendah 20 sen!
Iman Sufiah, 10 tahun merupakan seorang anak kepada usahawan, memberitahu tujuannya adalah untuk membantu orang yang susah dan sama sekali tidak peduli tentang untung atau rugi. Dia dan adiknya menjual semua jenis makanan itu di hadapan restoran keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 
“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.
“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” ujar kanak-kanak ini menerusi akhbar Harian Metro. 
Dia juga ditemani adiknya, Iman Ayeisha, 8 tahun. - CARI Infonet
                     
(Sumber foto: Harian Metro)




0 comments:

Post a Comment