Wednesday, December 16, 2015

Filled Under:

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH :


Ni atok nak ajar camne nak buat kalau ada yg sering diganggu makhluk halus kat rumah (kalau takde gangguan tapi nak buat pun boleh)..Tanda rumah ada gangguan: Biasanya terdengar bunyi memacam (bunyi guli, perabut bergerak etc), nampak kelibat sesuatu, anak kecik selalu menangis memandang ke satu tempat, bau wangi/busuk bila malam dan sebagainya..
:: GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH ::
Ni atok nak ajar camne nak buat kalau ada yg sering diganggu makhluk halus kat rumah (kalau takde gangguan tapi nak buat pun boleh)..
Tanda rumah ada gangguan: Biasanya terdengar bunyi memacam (bunyi guli, perabut bergerak etc), nampak kelibat sesuatu, anak kecik selalu menangis memandang ke satu tempat, bau wangi/busuk bila malam dan sebagainya..
Sediakan pokok hidup dalam pasu utk diletakkan dalam rumah.. Kalau dapat beberapa pokok berpasu utk beberapa bahagian dalam rumah.. Cari paku sepanjang 3 inci (satu paku utk setiap pasu).. Selepas solat Isyak, ketika masih berwudhu dan duduk di atas sejadah, ambil paku-paku tersebut.
1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojiim)
2] Baca BasmaLLaH (BismiLLaHirRahmannirRahiim)
3] Bacakan Ayatul Kursi sebanyak 17x.. Baca perlahan-lahan.. Jangan gopoh.. (untuk kesemua 17x Ayatul Kursi, hanya baca Ta'awuz dan BasmaLLaH 1x sahaja)
4] Selepas selesai ayatul Kursi ke-17, hembuskan sambil diludah (tanpa keluar air ludah) ke paku-paku tersebut..
5] Cucukkan 1 paku di dalam setiap pasu.. Biarkan kepala paku terkeluar sedikit di atas tanah..
6] Letakkan di kawasan yg kita rasa "panas" dalam rumah (ruang tamu, dapur, bilik tidur etc).
7] Untuk 3 malam pertama, bacakan keseluruhan Surah al-Baqarah dalam rumah (kalau tak boleh baca, boleh guna youtube atau CD atau aplikasi al-Qur'an kat smartphone)
InshaALLaH, makhluk halus tak boleh lama ada dalam rumah kita.. Kita ikhtiar mintak pertolongan ALLaH.. Dah ramai yg buat lepas atok ajar cara ni dan AlhamduliLLaH takde gangguan lagi dgn izin ALLaH..
Seeloknya lelaki yg buat tapi kalau takde lelaki, perempuan pun boleh buat.. Pastikan ayat Kursi dibaca dgn betul.. Siram pokok mcm biasa.. Kalau dalam beberapa hari pokok tu mati, tandanya gangguan dlm rumah tu "kuat".. Cari pokok baru utk ganti, cabut paku tu dan cocok di dlm pasu pokok yg baru. Makin banyak kita letak pokok berpaku Ayatul Kursi ni dlm rumah, makin ler elok.
P/S: Cari pokok yg sesuai diletakkan dlm rumah (tak memerlukan cahaya matahari banyak) dan pastikan pokok berdaun hijau sahaja.. Takmo pokok2 bunga ni.. Ni antara cara paling mudah nak buat "pagar rumah"..
Menurut Ustaz yg ijazahkan atok ilmu ni, makhluk halus akan tertarik dgn benda bernyawa (manusia, haiwan & pokok).. Paku pula dibuat drpd besi.. Besi ni ada keberkatannya sendiri.. Bila besi (paku) sudah diasma'kan dgn Ayatul Kursi, bila makhluk halus dtg kepada pokok, besi itu akan buat dia "panas" dan cepat dia lari tak cukup tanah.. WaLLaHu'alam..

This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.




0 comments:

Post a Comment