Thursday, December 17, 2015

Filled Under:

Sayu : Adik Ibu sudah tiada .. Harraz terpaksa lah terus hisap susu botol - Ayah


Adik Mohd Harraz yang susut berat badan semasa ibu nya sakit .. Akibat rindu dan merengek ingin menyusu ibu nya .. kini adik Harraz terpaksa terus sedemikian kerana ibu nya telah pergi di jemput ilahi pagi tadi .. Al fatihah
Kota Bharu: Sharina Shafie, 24, yang koma di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu sejak seminggu lalu akibat penyakit jangkitan kuman di otak sehingga menjadi viral di Internet menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham Sharina menghembuskan nafas terakhir disisi suaminya Hanafie Kamarudian, 25.
Hanafie ketika dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Tiga Rantau Panjang selepas Zohor.

Arwah meninggalkan suami dan seorang anak lelaki Mohd Harraz Danial berusia lapan bulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Sharina terlantar tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman dalam otak.

Lebih menyedihkan anak lelaki yang masih menyusu badan terpaksa diberi susu botol sehingga menjadi viral di Internet.

Hanafi, terpaksa berhenti kerja kerana menjaga isterinya, Sharina Shafie, 24, yang koma dipercayai akibat jangkitan kuman dalam otak serta mengalami tekanan darah tinggi.

Anak sulung Hanafi, Mohd Harraz yang susut berat badan berikutan isterinya, Sharina, dimasukkan ke ICU HRPZII, di sini lebih seminggu lalu.




0 comments:

Post a Comment