Tuesday, December 15, 2015

Filled Under:

2 wanita terima padah selepas kencing depan keluarga Islam sedang solat

Natalie Richardson dan Claire Farrell mabuk ketika mereka menghina sebuah keluarga Islam yang sedang solat di Devon, baru-baru ini. Agensi
ADELAIDE 30 Nov. - Sebuah mahkamah di sini menyifatkan perbuatan dua wanita melondehkan seluar mereka dan membuang air kecil di hadapan sebuah keluarga Islam yang sedang solat di kawasan taman rekreasi Devon, sebagai menjijikkan dan mengenakan hukuman penjara selama enam bulan seorang.
Bagaimanapun, hukuman terhadap mereka telah ditangguhkan.
Portal berita, northdevonjournal.co.uk melaporkan, Natalie Richardson, 32, and Claire Farrell, 36, mabuk ketika mereka melakukan perbuatan tersebut.
Selain itu, kedua-dua tertuduh juga bertindak menyerang orang awam yang mempertahankan keluarga Islam tersebut.
Ketika perbicaraan, mahkamah dimaklumkan, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan di hadapan pasangan suami isteri bersama bersama enam orang anak mereka di Central Park, Plymouth.
Bagaimanapun, Richardson dan Farrell, memohon maaf selepas kejadian tersebut dan dikenakan hukuman penjara.
Hakim John Trevaskis dirakamkan berkata: “Tiada sesiapa dalam masyarakat bertamadun boleh melihat sikap kamu dan berdiam diri terutama dalam masyarakat pelbagai budaya sekarang. Saya sifatkan perbuatan ini sebagai menjijikkan.
Kedua-dua suspek mengaku bersalah melakukan ancaman perkauman dan berkelakuan tidak senonoh sehingga menyebabkan gangguan awam pada 16 Ogos lalu.




0 comments:

Post a Comment