Seronoknya tengok perkahwinan diraja antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Che Puan Khaleeda Bustamam. Meriah macam tengok perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton je rasanya.
Ini sedikit fakta tentang istiadat persandingan yang berlangsung malam tadi di Johor Bahru:
- Lebih 10 pengiring bermotosikal dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), anggota Timbalan Setia Negeri, dan komando berpakaian medan mengiringi kereta antik Mercedes Limousine Convertible yang dinaiki oleh TMJ dan Che Puan Khaleeda.
- Pasangan diraja berangkat dari Istana Bukit Serene jam 8.20 malam dan tiba di Istana Besar jam 8.52 malam.
- Ketibaan pasangan diraja itu disambul oleh 1,500 paluan kompang dan bunga manggar.
- Lebih 1,000 rakyat jelata dikatakan menyaksikan istiadat berkenaan menerusi dua unit skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
0 comments:
Post a Comment