Tuesday, April 26, 2016

Filled Under:

JAHANAM KAU JANTAN !! "AKU TAK KISAH BMW KE APE !! JANJI AKU PUAS HATI , SIAPA SURUH KAU CURAH !! ""


Setiap isteri punya cara tersendiri untuk menzahirkan kemarahannya kepada suami, bagi wanita dari Beijing ini, dia telah melepaskan geramnya dengan memecahkan kereta BMW 740 milik suaminya selepas mendapat tahu lelaki itu mempunyai hubungan sulit.

Wanita bernama Wu berkenaan menggunakan tukul dan memuluk kereta yang dianggarkan bernilai 1 Juta Yuan (RM679,000) selepas dilaporkan melihat suamiya bersama perempuan lain dalam kereta berkenaan sebelum itu.

Orang ramai di sekitar kawasan itu dikejutkan dengan bunyi bising sebelum melihat Wu memecahkan kereta itu sambil menjerit “Perempuan yang duduk dalam kereta ini menjijikkan!”

Pengawal keselamatan di tempat letak kereta itu cuba menghalangnya, tetapi diberi amaran supaya tidak masuk campur, selain mendakwa kereta itu miliknya, malah mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya.

Dia kemudian menyambung semula ‘kerjanya’ memusnahkan kenderaan itu.

Akibat perbuatannya, lampu depan dan belakang kereta pecah, but remuk teruk dan empat pemegang pintu juga musnah. Semua tingkap kereta itu juga pecah dan retak.
Suaminya yang tiada kerana urusan perniagaan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal keselamatan




0 comments:

Post a Comment