Oleh Fyruz Hanna
Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan pemain bola sepak Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak kepada bekas isteri Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mawardi Che Man juga turut memerintahkan Aidil untuk membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes itu.
Aidil dikehendaki membayar jumlah tersebut dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.
Buat Rita, keputusan hakim itu membuatkan dirinya bersyukur dan keadilan untuk diri dan anak-anak yang dizalimi sebelum ini terbela.
Rita yang kini menjaga dua cahaya mata iaitu Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna memanjat kesyukuran kepada Allah kerana perjuangan membela masa depan anaknya terbela. -CARI Infonet.
sumber: rotikaya/utusanonline
0 comments:
Post a Comment