Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah terletak di Pontian, Johor. Karex, pengeluar kondom beberapa jenama antarabangsa dan jenama mereka sendiri, Carex, kini adalah penyumbang lebih 15 peratus dalam pasaran kondom dunia dengan menghasilkan lebih 10 juta kondom sehari. Purata pendapat mereka saja lebih RM200 juta setahun!
Selain di Pontian, Karex kini ada dua buah kilang lagi iaitu di Port Kilang dan Hatyai, Thailand. Dengan besarnya jumlah kondom dan keuntungan yang mereka peroleh, Goh Siang kini dikenali sebagai Raja Kondom Dunia dan telah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan harta lebih RM860 juta!
Segalanya bermula pada tahun 1988 apabila bapanya, Huang Chiat membuka kilang pertama mereka dengan menggunakan nama Banrub. Syarikat ini mencatatkan keuntungan besar daripada pelanggan mereka di benua Asia dan Afrika. Di Asia kerana populasinya yang besar manakala Afrika kerana di sanalah banyak berlaku epidemik HIV/AIDS. Turut menyumbang kepada kejayaan syarikat ini bila kerajaan China memperkenalkan polisi satu keluarga hanya satu anak. Hampir separuh daripada kondom yang dihasilkan oleh mereka dibeli oleh agensi-agensi antarabangsa untuk diedarkan secara percuma pada golongan miskin.
Nak tahu besar tak besar kilang Karex di Pontian ini, mereka ada 1,000 orang pekerja, beroperasi 24 jam sehari di kilang yang luasnya 3.4 hektar dan membekalkan kondom kepada 100 buah negara di seluruh dunia!
Carex juga telah mempelbagaikan produknya termasuk menghasilkan kondom pelbagai warna, kondom berperisa, cecair/ lubricant dan bagi menembusi pasaran Eropah, mereka dah menghasilkan kondom 'glow in the dark' yang bercahaya ala-ala Star Wars!
Dengan kegigihan syarikat ini dalam menggunakan 'kesempatan' pertambahan penyebaran penyakit berjangkit, mengandung tanpa nikah dan sebagainya, Karex dijangka akan terus kekal sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dan Goh Siang akan terus kekal sebagai Raja Kondom Dunia dalam dekad yang akan datang!
-syahril ab kadir
Saturday, April 16, 2016
Filled Under:
Orang Pontian Patut Bangga !! Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Berada Di Sini..
Posted By:
Unknown
on 2:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment