INDONESIA: Masih ingatkah anda dengan kejadian tsunami yang pernah berlaku di bandar Aceh pada peng...
INDONESIA: Masih ingatkah anda dengan kejadian tsunami yang pernah berlaku di bandar Aceh pada penghujung tahun 2004? Kini sudah 12 tahun berlalu dan kejadian tersebut masih segar dalam ingatan penduduk di sana.
Selepas kejadian bencana alam itu berlaku yang hampir meragut ribuan orang sehinggakan segalanya hilang sekelip mata, Pulau Jejawi di Kepulauan Banyak yang terletak di daerah Aceh Singkil dan bersama dua buah pulau lain kini muncul kembali.
ARTIKEL MENARIK: UNDANG PADAH Apabila Maut Terkena Renjatan Eletrik Ketika Guna Telefon Sedang Dicas...MENGEJUTKAN!
"Tiga pulau yang tenggelam akibat tsunami adalah Pulau Jejawi, Pulau Maleno, dan Pulau Gosong Sianje. Jadi, beberapa tahun terakhir Pulau Jejawi ini sudah timbul kembali setelah tenggelam sekitar 10 tahun lebih," kata Hasbi, petik laporan media tempatan Indonesia.
Bahkan, pulau-pulau tersebut tidak dihuni oleh manusia dan hanya ditumbuhi tanaman pohon seperti kelapa dan pohon-pohon yang lain.
Menurut Hasbi, salah seorang penduduk di sana menjelaskan bahawa sebelum kejadian tsunami berlaku, terdapat 71 pulau dan kini hanya tiga buah pulau sahaja yang timbul. Apapun, untuk kembali kepada yang asal agak memakan masa yang lama
0 comments:
Post a Comment