Monday, April 18, 2016

Filled Under:

HIDAYAH MILIK ALLAH,KENAPA AGAMA HINDU TAKUT DENGAN ZAKIR NAIK,Empat Kesemuanya Memeluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil

Empat Kesemuanya Memeluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil
FENOMENA penonton memeluk Islam dalam ceramah Dr Zakir Naik kini begitu mengujakan kita. Semalam empat lagi individu memeluk Islam ketika syarahan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil.
Individu pertama mengucapkan kalimah itu ialah seorang lelaki dari Punjab India, Hurender Bal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi. Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan penganut Roman Katolik pada awalnya.
“Saya mahu mengucapkan syahadah,” katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.
Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul 12.05 tengah malam, beliau kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di sebelahnya dan terus dibawa pergi dari situ.
Individu ketiga mengucapkan pengakuan menyertai Islam ialah seorang wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas itu beliau dibawa pergi oleh penganjur.
Manakala syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi. Katanya sebelum ini beliau telah mendalami Islam di Hidayah center.
Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Kehadiran pengunjung pada awal malam diuji dengan keadaan hujan lebat.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir. Syarahan itu tamat pada jam 2.45 pagi.
Sebelum ini P Ramasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II di facebook mengelarkan Dr Zakir Naik sebagai setan.
“Let us get ‘satan’ Zakir Naik out of this country!” – P. Ramasamy, DAP.
Mungkinkah fenomena ini yang amat ditakuti oleh DAP? Walaubagaimanapun, Dr Zakir tetap meneruskan siri ceramah beliau di negara kita. Beliau dijangka berada di Melaka esok.


Comments

Share This:





0 comments:

Post a Comment