Sunday, April 17, 2016

Filled Under:

MENGEJUTKAN !! WANITA INI MENANGIS SELAMA 8 JAM AKIBAT TIDAK DAPAT BERTANYAKAN SOALAN PADA DOKTOR ZAKIR NAIK.. JIKA INI SEBABNYA PASTI ANDA AKAN TERKEJUT MELIHATNYA ...

Baru beberapa hari Dr. Zakir Naik menjejak kaki di bumi Malaysia, semakin bertambah jumlah saudara Islam yang telah diislamkan oleh penceramah itu.
Seorang pengguna Facebook yang berkesempatan menghadirkan diri untuk mendengar syarahan Dr. Zakir Naik secara live berkongsi perasaan sebaknya ketika hadir di salah satu ceramah tersebut.
Menurut Effa Asyifa, sudah 6 tahun dia mengikuti Dr. Zakir Naik di Youtube dan pada kesempatan ini dia ingin sekali mengajukan soalan kepada Dr. Zakir Naik.
Namun, kerana terlalu ramai 'non-muslim' mahu bertanyakan soalan kepada Dr. Zakir Naik dia tidak berkesempatan mengajukan soalannya. Melihatkan perkara itu membuatkan Effa Assyifa menangis, tapi bukan disebabkan dia tidak dapat mengajukan soalan tetapi menangis kerana setiap jam ada sahaja non-muslim yang memeluk Islam di ceramah Dr. Zakir Naik.
Ikuti perkongsian dari Effa Asyifa.

DR.ZAKIR NAIK MALAYSIA TOUR 2016
Alhamdulillah saya berkesempatan menghadirkan diri dan dapat dengar syarahan DZN secara live setelah 6 tahun mengikuti beliau di youtube dan laman sosial. Sebak,seronok dan macam-macam perasaan berbaur. Sangat berbeza "feel" bila Arsenal Tour datang dulu sebab saya juga merupakan salah seorang peminat tegar Arsenal (gooneritas). Dua-dua saya minat,perasaan tu memang excited tahap meremang bulu roma cuma beza nya DZN tour sangat menusuk kalbu. Tersangat...
Banyak input dan syarahan beliau semalam memberi kesan bukan sahaja kepada muslim,non-muslim juga. Anda boleh tonton Youtube nanti ya,di Peace TV. Saya sempat menemu bual beberapa non-muslims yang hadir.
Sebenarnya saya sudah pun beratur hendak bertanyakan soalan tetapi dari masa ke semasa,makin ramai non-muslims datang beratur untuk bertanyakan soalan! Jadi,pihak sukarelawan terpaksa mengutamakan non-muslims dan saya terlepas ke belakang. Saya kecewa pada permulaannya dan menangis. Yelah bukan senang kot nak tanya soalan live dekat DZN.Saya menangis bukan sebab kecewa tak dapat tanya soalan TETAPI sebab setiap sejam, ada non-muslim masuk Islam!
SubhanaAllah... Bayangkanlah kalau saya berkeras jugak nak utamakan giliran saya bertanyakan soalan tu... Maknanya saya tidak memberi peluang,non-muslims mendekati Islam pada masa tu. Saya pun undur diri sebab jam dah pukul 2 pagi masa tu, saya kena bertolak awal pagi ke Penang hari ini. Dah alang2 tak dapat tanya soalan dekat DZN,sambil beratur tu saya tanya soalan kepada non-muslims.
Michelle,penganut agama Buddha berbangsa Cina telah lama mengikuti syarahan DZN di Youtube, dia semakin hari semakin tertarik pada Islam.

1. I come here alone. Yes,without my parents permission. I still their daughter but this is my decision. No one force me to be muslim.
2. I confius with my religion. Kenapa ada sesetengah orang melakukan kejahatan boleh dan ada yang tak boleh? Saya nampak Islam,agama yang paling adil.
3. I know how to recite Al-fatihah. The basic one right? After this I will learn about 5 times prayer.
4. Dont everrr give me Malay name.. Can i stay with my original name? Heyyy or u guys can give me muslim name yang GANAS sikit! Lol.
Haa macam tu lah serba sedikit yang boleh saya ceritakan. Sebenarnya banyak lagi tapi nanti jadi panjang sangat pulak penulisan saya ni. Tu tak cerita lagi makcik cina nak ikut saya solat maghrib. Aduiii banyak betul kejadian..
Saya harap banyak lagi program ilmu secara besar-besaran diadakan di Malaysia ni. Memang rakyat Malaysia dahagakan ilmu! Kalau DZN datang setiap tahun pun takpa. Hehehe. Jazakallah




0 comments:

Post a Comment