Sunday, April 17, 2016

Filled Under:

Dah Pergi Tempat Setan, Memanglah Jumpa Setan, Takkan Jumpa Malaikat.

Tweet seorang gadis Melayu di laman sosial Twitternya telah menarik perhatian pengguna Twitter, dan banyak ‘Retweet’ selepas dia muat naik gambar ‘pelik’ dia bersama kawannya di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, baru-baru ni.. Korang cer lihat gambar dorang betul-betul, apa yang pelik kat situ??
Bila diperhatikan betul-betul gambar tu, rupanya ada makhluk yang tak diundang turut ada sekali dalam gambar tu.. Nampak menyeramkan juga lah, tapi nak pelik sangat pun tak de lah.. Nama pun kelab malam, mesti ramai lah ‘makhluk tak diundang’ berada di situ.. Betul tak?? Memang sesuai lah bergaul bersama kaki kelab macam tu!
Selepas minah tu muat naik tweet dengan gambar tu, kebanyakkan respon dari pengguna Twitter menghentam dia balik.. Seorang lelaki telah memberi respon paling ‘win’ kat gambar gadis yang ada hantu tu yang buat Miss gelak berdekah-dekah.. Kalau difikirkan balik, memang masuk akal juga lah jawapan lelaki tu.. Nak tahu apa yang mamat tu balas??
‘Dah pergi tempat setan, memang lah jumpa setan.. Apa yang hang nak expect lagi?? Jumpa malaikat?? Ustaz??' Jawapan balas Tuan Jamal berdasarkan namanya di Twitter kepada gambar yang dimuat naik oleh minah Norreen..
Jawapan yang paling ‘win’ dan menusuk ke dalam hati! Kalau minah tu tak terasa dengan jawapan balas mamat tu, memang dasar hati kering punya orang.. Tak ada perasaan! Maklum lah orang belum puas menikmati ‘kenikmatan’ duniawi lagi noh.. Berseronok lah di tempat maksiat macam tu!
Sumber: UtaraNews




0 comments:

Post a Comment