Thursday, April 14, 2016

Filled Under:

SUBHANALLAH !! SETIAP MINGGU AJAK AKU MURTAD ?? INI MANUSIA KE BINATANG !!


‘Hampir Setiap Minggu Terima Mesej Suruh Aku Murtad’ Pernah muncul di newsfeed Facebook kami tentang lelaki ini. Namun, hari ini kami dihubungi oleh seorang individu yang meminta kami menyiarkan tentang lelaki ini yang dikatakan mampu mengajak anak-anak muda ke arah kebaikan.
1
“InshaAllah…”
Aiden Taylor O’Connor, namanya di laman Instagram. Berusia 22 tahun berasal dari Liverpool ini telah memeluk Islam pada usia 5 tahun. Beliau dikatakan fasih berbahasa Melayu dan anda boleh lihat sendiri di laman Instagramnya.
Baca pengalaman beliau di bawah:
“Sejak memeluk Islam pada 17 tahun yang lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu aku menerima message yang menyuruh aku murtad. Mereka, si penghantar bukanlah dari kalangan agama lain, tetapi dari agama Islam sendiri. Seolah-olah kedatangan aku memeluk Islam tidak diterima oleh mereka.
“Jika kamu mempertikaikan niat aku memeluk Islam, tak mungkin aku di sini sebagai muslim selama 17 tahun. Tak mungkin kini aku mampu menjadi Al-Hafiz! Tak mungkin aku berada di sini menceritakan tentang indahnya Islam!
“Sedangkan keluargaku sendiri tidak pernah menyuruh aku murtad walaupun cuma aku di dalam keluarga ini yang bergelar muslim!,” katanya.
Menurut Aiden, ibunya mengalami masalah kesihatan selepas beliau dilahirkan. Lalu Aiden dibesarkan oleh keluarga susuannya dari Malaysia di mana ibu susuannya adalah muallaf dan suaminya pula adalah orang Kelantan. Dan dari situlah beliau mempelajari bahasa Melayu.
Menceritakan kembali saat mulanya beliau mula memeluk agama Islam, Aiden terpaksa menyembunyikan status agamanya.
“Sewaktu saya mula memeluk agama Islam, saya sembunyikan selama 4 tahun. Tetapi diketahui oleh keluarga sewaktu saya ingin mengerjakan umrah pada usia 9 tahun. Selama 4 tahun itu sangat mencabar kerana cuba tidak mengikut adat keluarga dan secara tersembunyi kerana bimbang diketahui,” katanya.
Aiden turut berkongsi ibunya telah memeluk Islam pada Disember tahun lalu. Dan baru semalam, ayahnya pula menyatakan hasrat untuk memeluk Islam.
“Menerima khabar dari England, ‘Aiden, I want to be a Muslim’. Allah, setelah beberapa bulan ibu memeluk Islam, kini ayah juga menerima hidayah.
“Ayah inilah yang berkeras menentang ketika mendapat tahu yang aku ingin ke tanah suci. Kerana ketika itulah beliau mendapat tahu aku ini seorang muslim,” katanya.
Difahamkan Aiden telah berkahwin dengan wanita Malaysia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.






























0 comments:

Post a Comment