INNALILLAH AHMAD PUSAT KARAOKENYA DI TIMPA MUSIBAH TERBAKAR DOAKANYA YA
AHMAD DHANI NAFI PUSAT KARAOKENYA TERBAKAR KERANA UNSUR SABOTAJ
Disebabkan kebakaran di salah sebuah cawangan pusat karaokenya yang terletak di tingkat 14, pusat membeli-belah Gedung Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat, kira-kira 22 unit kenderaan pemadam kebakaran dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api.
Bagaimanapun Dhani menafikan adanya unsur sabotaj disebalik insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah pusat karaoke miliknya.
"Saya tidak fikir perkara ini ada kaitan dengan unsur sabotaj. Kebakaran tersebut berpunca dari salah satu dapur gas yang meletup. Mungkin tabungnya bocor atau mungkin ketika itu, ada yang merokok," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak, Dhani mengambil pendekatan untuk berfikiran positif dan menganggap kecelakaan yang telah terjadi adalah disebabkan kecuaian sendiri.
"Tidak elok jika saya tuduh mana-mana pihak atau menganggap ada unsur sabotaj disebalik kejadian itu. Insiden kebakaran yang terjadi hanya kerana kelalaian saya sahaja,' jelasnya.
Read more: http://www.myartis.com/2015/10/ahmad-dhani-nafi-pusat-karaokenya.html#ixzz3p6CNXU5c
0 comments:
Post a Comment