Buat permohonan secara terbuka atau bakal berdepan dengan saman malu oleh bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah kepada pemenang Akademi Fantasia 2015 Sufi.
Ini berikutan kenyataan gangguan seksual Sufi terhadap Arif bulan lepas yang menurut Sufi memalukan serta mencemarkan nama baiknya.
“Saya mungkin akan berlembut hati sekiranya dia meminta maaf secara terbuka atau pun secara tertutup terhadap kenyataan yang dibuatnya itu. Ataupun bakal berhadapan saman malu yang akan dihantar oleh peguam saya,” katanya dalam sidang media yang dilakukan baru-baru ini.
Tambah Arif lagi, jika benar dakwaan tersebut dia meminta Sufi untuk berdepan di mahkamah dan mengemukakan bukti ke muka pengadilan.
"Saya juga tidak faham kenapa dia tidak melaporkan pada pihak polis pada tahun 2011 memandangkan ibunya juga ada membuat laporan polis terhadap saya pada tahun yang sama di atas kes keganasan rumah tangga.
“Beberapa dakwaan Tegar berkenaan saya didapati bercanggah dan Tegar akhirnya membuat pengakuan bahawa dakwaanya terhadap saya adalah tidak benar. Akhirnya kes ini telah gugur tetapi bukan gugur kerana tidak ada bukti, sebaliknya kerana Tegar sendiri tidak membuat kenyataan bahawa semua yang didakwa tidak pernah terjadi,” katanya seperti dipetik dalam Rotikaya. -CARI Infonet.
Baca selanjutnya: rotikaya
0 comments:
Post a Comment