Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

DUNIA AKHIR ZAMAN TAPAK SELIPAR INI TERTULIS KALIMAH ALLAH YANG MENYEBABKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM

PUTRAJAYA – Gambar sepasang selipar jenama Glacio G-2079 bersaiz 38 dan 36 tertulis kalimah Allah dalam kaligrafi kufi di tapak selipar itu menjadi viral di laman sosial.
Gambar yang dimuat naik sejak 10 Oktober oleh sebuah laman Facebook, mencetuskan rasa kurang senang netizen yang beragama Islam menganggap rekaan tapak selipar itu sebagai penghinaan terhadap agama Islam.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada selipar Glacio ini dijual di pasaran tempatan.
Berdasarkan pencarian kami, selipar tersebut dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bertapak di Indonesia.
Menurut sumber, pihak ulama telah meminta syarikat terbabit menghentikan pengeluaran dan penjualan selipar tersebut bagi menghormati permintaan masyarakat beragama Islam.





0 comments:

Post a Comment