Wednesday, October 21, 2015

Filled Under:

Semakin Hilang Kem4luan Apabila Megah Bervape

aku tak kisah pun org nak vape depan aku tapinya kalau semua vape, bercampur macam
macam flavour. sorang bau buah salak, bau mint etc, memang juga lah. hahahaa. 

‪#‎bhmetro‬ ‪#‎mynews‬ ‪#‎ohmedia‬ ‪#‎sukanstar‬
ZAMAN INI ZAMAN GILA VAPE BAU SALAK PUN ADA YANG BUAH DURIAN CREPE PUN ADA SAMPAI NAIK PENING AKU TENGOK LADY NIE NYOK22
‪#‎bhmetro‬ ‪#‎mynews‬ ‪#‎ohmedia‬ ‪#‎sukanstar‬
Bosanlah asyik cerita dan persoalkan isu vape ini. Betul tak? Beginilah manusia, selagi ia menjadi trend hangat, isu ini akan terus diperkatakan. 

Dah macam suatu tabiat apabila anak muda kini terlalu berani buat sesuatu dan mempamerkan segala yang ada di khalayak terutama di laman media sosial. 

Wah! Bangganya di tangan ada vape. Apatah lagi bila hisap dan hembus sesuka hati. Berkepul-kepul asap pelbagai bau. Wangi tu memanglah wangi. Tapi, fikirkah anda, bagaimana pandangan dan persepsi orang lain yang melihat anda sebagai wanita menghisap vape?

Hak menghisap vape memang terletak pada diri sendiri. Masalahnya kini, rata-rata wanita yang menghisap vape sangat berbangga menghembuskan asap di sana sini. Tanpa menghormati orang di sekelilingnya. Tak kurang yang mengambil gambar dan selfie. Macam-macam gaya nak tayang vape dan asap vape yang dah sama banyak dengan jerebu. Serius, gayanya tak kalah seperti lelaki. Untuk apa semua itu? Kepuasan? 

Bazir duit, bazir masa, bazir tenaga, bazir kualiti hidup sahaja. 

Sedih, bila melihat wanita-wanita seperti ini. Nak hisap pun, tak perlulah nak berbangga sangat. Lagi-lagi wanita yang bertudung. Mintak jauhlah jika ahli keluarga kita daripada teringin nak menghisap vape ini. 

Jika dahulu, nenek moyang, mak ayah kita kalau anak dara mereka mesti 'jaga' betul-betul. Banyak pantang larang yang wajib diikuti. Dah menjadi lumrah, wanita sememangnya mempunyai sifat malu, lembut dan sopan. Tapi, apabila wanita kini dah hilang kesemuanya itu, adakah mereka layak digelar perempuan mahupun wanita?

Masalah hisap vape dan menunjuk-nunjuk ini bukan sahaja dalam kalangan remaja perempuan, malahan kegilaan ini diikuti oleh budak-budak sekolah perempuan. 

Gerun melihat anak-anak ini. Sayangilah diri wahai adik-adik dan kakak-kakak. Tak gunalah jadi wanita jika dalaman dah tercemar dengan benda-benda yang tidak berfaedah ini. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah yang boleh dijadikan hobi dan tabiat ini. - CARI Infonet 















0 comments:

Post a Comment