Amalan poliandri atau isteri mempunyai 2 suami merupakan amalan tradisi bagi mengekang harta dibahagikan kepada orang lain.
Amalan ini diamalkan oleh orang Nepal yang berada sejauh 500km daripada bandar Kathmandu.
Biasanya adik-beradik lelaki akan berkahwin 1 wanita demi menjaga harta mereka. Dan tiada perasaan cemburu untuk mereka kerana mereka percaya hubungan kekeluargaan itu.
“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.
“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya. -CARI Infonet.
0 comments:
Post a Comment