Monday, October 19, 2015
Filled Under:
Lelaki Ini Buat Pengunjung Di Sebuah Restoran Terdiam, Melihat Bagaimana Dia Melayan Bapanya
Posted By:
Unknown
on 11:46 AM
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Viralnova
Berfikiran terbuka mungkin senang jika orang lain juga seperti anda. Tetapi di saat anda terpaksa menghadapi seseorang yang sangat berlainan, itulah masanya anda tahu jika anda seorang yang berfikiran terbuka atau tak.
Seorang anak lelaki membawa ayahnya yang sudah tua makan di sebuah restoran untuk makan malam. Ayahnya seorang yang sudah tua dan lemah. Semasa makan ayahnya kerap tertumpah makanan pada bajunya. Pengunjung lain di restoran memandang mereka tetapi si anak masih tenang.
Selepas ayahnya selesai makan, anak lelaki ini tanpa rasa malu sedikit pun bawa ayahnya untuk dibasuh tangan, bersihkan sisa makanan pada baju, dan betulkan cermin matanya. Selepas mereka keluar, seluruh pengunjung memandang lagi ke arah mereka.
Anak lelaki tersebut membayar bil dan berlalu keluar dari restoran. Pada masa itu ada seorang lelaki memanggilnya dan bertanya, “Awak tak rasa ke awak ada tertinggal sesuatu?”
Dia menjawab, “Tidak ada encik.”
“Ya, awak tinggalkan pengajaran pada setiap anak lelaki dan harapan untuk seorang ayah.”
Seluruh restoran senyap. Seorang anak yang taat pada ibu bapa adalah anak yang melakukan hal yang sama ibu bapa mereka lakukan semasa mereka kecil iaitu menjaga mereka tanpa rasa malu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment