B
Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memiliki trak Mack termahal di dunia menjadi kenyataan, menerusi majlis penyerahan yang diadakan di Dataran King George, di pusat perniagaan Brisbane, pada Khamis.
‘Super-Liner’ itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat Wacol, di barat daya Brisbane.
Menurut ABC News, trak mewah itu mempunyai beberapa keistimewaan, termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen skrin rata, ruang dapur, barbeku, katil dan kerusi bersulam 72,000 jahitan benang emas.
Ia turut mempunyai perhiasan hud bersadur emas.
“Ini adalah impian beta – adakah beta tersenyum?” titah baginda mengenai trak mewah itu.
Sultan Johor menaiki trak Mack yang dibeli baginda. – Foto ABC News
Harga trak itu bagaimanapun dirahsiakan, tetapi cukup untuk memecahkan rekod terdahulu A$481,000 (RM1.46 juta) bagi trak yang ditempah khas.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda gembira dengan hasil akhir jentera itu.
“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan telah mengumpul beberapa kereta jenis Holden selama ini.
“Saya tidak sabar mahu menunjukkan hasil pembuatan ini kepada rakyat Johor, sebaik sahaja Super-Liner ini dihantar (ke Johor),” titah baginda.
Sultan Johor juga mahu trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri, dengan lokasi pertama pemanduan ialah pada larian amal hujung bulan ini.
Trak mewah Sultan Johor boleh ditonton di sini:
0 comments:
Post a Comment