”VIDEO” Bila Netizen Sekolahkan Orang Singapura Yang Tidak Beretika Letak Kereta Di Tempat OKU !!! KUALA LUMPUR – Video seorang juruaudit ‘mengajar’ pasangan dari Singapura yang memakirkan kenderaan mereka di petak khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) viral di media sosial.
Video berdurasi 6 minit 32 saat itu yang dimuat naik oleh Naren Narasiah di Champion4disability itu mula tersebar di laman Facebook dan telah ditonton ratusan ribu penggunanya dan telah mendapat 6,238 perkongsian.
Dalam kejadian pada jam 6.30 petang pada 11 April itu, Naren dilihat cuba memberikan pengajaran kepada pasangan itu. Namun alasan yang diberikan oleh suami isteri itu tidak masuk akal dan dianggap cuba berikan alasan bodoh untuk melepaskan diri.
“Asalnya saya tak nak upload tetapi saya rasa adalah perlu untuk saya upload juga. Insiden ini membuatkan saya berubah menjadi ‘gangster’ seketika pada pasangan yang berasal dari Singapore, yang memakirkan kenderaan mereka di petak khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka cuba berikan pelbagai alasan bodoh untuk melepaskan diri dari saya.
“Drama bermula apabila saya dengan sengajanya memakirkan kereta saya di belakang kenderaan putih itu agar mereka tidak dapat mengundurkan kereta. Saya tunggu pasangan ini kembali ke kereta mereka selama 45 minit!! Lelaki itu kemudian mengundurkan keretanya sehingga melanggar trak saya, menambahkan lagi api kemarahan diri ini,” katanya.
Meskipun baru pulang dari kerja dan keletihan setelah membuat audit di Kilang Western Digital bersama dengan tiga rakannya, namun Naren tetap nekad mahu mengajar pasangan terbabit agar lebih bertanggungjawab di masa akan datang.
“Saya mahu mereka rasa apa yang golongan OKU rasakan bilamana hak OKU dirampas begitu sahaja. Jika ada yang merasakan saya terlalu kejam/zalim dalam video ini, jujurnya saya tak peduli! Melainkan anda pernah melakukan sesuatu yang menangani masalah seperti ini, barulah layak untuk beri kritikan. Namun jika setakat wira papan kekunci, elok simpan saja komen yang tidak berguna itu.
“Saya akan terus berjuang demi golongan OKU, di mana suara mereka selama ini tidak didengari atau dipeduli. Saya berharap pasangan ini takkan mengulangi lagi kesilapan yang sama apabila datang ke Malaysia,” katanya
VIDEO : https://www.facebook.com/naren.narasiah/videos/10153523074138193/
0 comments:
Post a Comment