Saturday, May 28, 2016

Filled Under:

BETUL-BETUL LILIN KEHIDUPAN LA CIKGU WANITA INI... SANGGUP MEMBAKAR DIRINYA WALAUPUN MASIH DI SELIMUTI WAYAR-WATAR KEHIDUPAN UUNTUK BAGINYA,,

  • Cikgu Tanda Kertas Pelajar Di Wad,Undang Air Mata Netizen - Fokus@CARI
    Kisah seorang guru dilihat sedang menanda kertas peperiksaan ketika dalam wad telah mengundang rasa kagum dan juga menyentuh perasaan. 
    Itu yang dipaparkan menerusi satu status yang dimuatnaik oleh seorang netizen bernama Khairuddin. Katanya dia sedang menziarah ibu mertua di Hospital Besar Ipoh.
    Melalui status itu juga diletakkan gambar seorang guru India yang tekun menanda kertas jawapan pelajar. Meskipun dalam keadaan kurang sihat, wanita itu tetap meneruskan kerjanya seolah sedang berada di sekolah lagaknya. 
    "Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok. Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. 
    "Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut," ujar Khairuddin. 
    Wanita yang bernama Cikgu Indrany itu dikatakan dirawat di wad kerana mengidap penyakit lelah. 
    Gambar yang ditunjukkan itu telah mencuit hati ribuan pengguna laman sosial yang lain. Mereka tidak henti memuji dan berasa kagum dengan situasi yang dipaparkan.
    Ternyata jasa dan pengorbanan seorang guru begitu tinggi. Tak mungkin terbalas oleh sesiapa pun. Semoga lebih ramai yang menghargai peranan guru itu sendiri dalam membentuk jati diri anak-anak kita. 
    Penulis amat bersetuju dengan ucapan Khairuddin, "Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru." - CARI Infonet




0 comments:

Post a Comment