Sunday, May 29, 2016

Filled Under:

"CINTA BANGANG" .. Sanggup bagi tangan Pada Teman Wanita untuk Dihiris Kerana "Kantoi" Curang !!


Eiiiuuu! Darah meleleh keluar banyak macam tu, buat Miss rasa nak pitam jer lah.. Huhuu… Boleh pulak dorang dok main-main dengan benda tajam macam tu yer,  ni apa jadahnya sampai hiris tangan bagai ni?? Nak membuktikan apa sangat, sampai sanggup mencederakan diri sendiri??

Miss tak faham betul dengan cara pemikiran orang sekarang, terutama dikalangan budak mentah macam minah di atas tu.. Haisshh! Apa masalah sebenarnya budak sekarang ni yer?? Ada saja dorang nak mencetuskan sesuatu yang bodoh macam tu!

Dek kerana cinta monyet, dorang sanggup melakukan apa saja demi pasangan masing-masing, termasuk mencederakan diri seperti si boyfriend minah di atas.. ‘Drama’ bodoh apa lah yang dorang cuba wujudkan, rasa macam nak lempang kepala dorang sampai senget jer!

Korang tengok gambar dan kapsyen yang dimuat naik oleh minah sengal tu di laman sosialnya, berbulu jer mata Miss tengok! Bangga betul minah tu bila si boyfriend hiris tangan sampai berdarah macam tu kerana mengaku ‘bersalah’ curang..

Itu sebab minah tu tergedik-gedik muat naik gambar tu, nak tayang betapa ‘sayangnya’ boyfriend dia kat dia.. A'ah! Sayang lah sangat yer, nak muntah hijau adalah.. Puiihh! Si lelaki pun nak membuktikan tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi, sanggup menghiris tangan untuk meraih kepercayaan minah tu..

Ek’eleh! Setakat hiris tangan tu, belum tentu si lelaki tu akan setia kat dia lah.. Minah tu jer lurus kerana percaya kata-kata dan perbuatan bodoh si lelaki tu.. Miss nak nasihatkan lah sikit.., kalau seorang lelaki tu betul-betul menghargai dan ikhlas untuk bersama korang, dia tak akan minta atau melakukan sesuatu yang bodoh untuk membuktikan cintanya lah.. So, jangan jadi bodoh kerana cinta yer!




0 comments:

Post a Comment