Monday, May 30, 2016

Filled Under:

"Kenapa Dia Buat saya Begini !! Sejak Kemalangan Baru saya Tahu siapa Wanita itu !! "




















Betapa luluhnya hati seorang isteri, Farah Fadila Faizal, 27 yang bukan saja kehilangan suaminya tapi dapat pulak tahu yang suaminya kawin satu lagi ketika suaminya terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing.

Lebih memeranjatkan, kemalangan maut tu turut meragut nyawa isteri baru serta ibu mertua Farah. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi, meragut nyawa Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah, Rokiah Abu Bakar, 52 selepas kereta Ford Fiesta yang dipandu Rohayu bertembung dengan sebuah lori pasir.

Baru jer kawin dua tahun dan kini Farah hamil empat bulan, sapa tak luluh hati kan. Dah la dapat tahu suami kawin lagi dengan cara tu.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

“Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Rupanya, suami Farah baru je kawin lagi beberapa hari yang lalu dengan arwah. Jenazah mangsa akan dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang. 




0 comments:

Post a Comment