Saturday, May 28, 2016

Filled Under:

YEAHHH 4 KAKI REMBAT BUKAN 6 JAHANAM ''Yazit Beri Amaran Dedah Semua Rahsia Search'',,MEMBUAT AMY KECUT TELORR

[Image: yazitdialisis3_620_413_100.jpg]

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Ziarah ahli kumpulan Search, termasuk vokalisnya Amy, ke hospital ketika beliau sakit dahulu bukan ikhlas tetapi mahu perhatian media, dakwa Yazit Ahmad.

Pemain dram Search mengakui Amy, nama popular Suhaimi Abdul Rahman, pernah melawatnya di hospital namun ketika itu beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

“Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga,” kata Yazit.

“Dia datang sendiri atau isteri saya hubungi? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu dia buat cerita lain. Kena paksa [datang] dengan isteri saya, bukan ikhlas.”

Yazit, 54, turut memberi amaran kepada ahli-ahli Search agar tidak berlebihan mengeluarkan kenyataan jika tidak mahu menerima padah.

Segala rahsia mereka ada dalam pengetahuannya dan satu buku mengenai Search akan diterbitkan tidak lama lagi, tambahnya.

“Penulisnya seorang pengarang, nama besar. Mata wartawan lebih baik daripada penulis lain. Saya akan panggil dia. Saya akan cerita pengalaman bersama Search.

“Saya beri amaran kepada budak Search, jangan lebih-lebih. Kalau mereka lebih-lebih, masalah Amy, Nasir, Nordin dan Kid, saya akan beritahu wartawan.

"Saya akan buat buku, saya akan cerita segala-galanya dalam buku itu. Kalau mereka lebih-lebih, semua akan jadi telanjang bulat. Terus-terang saya cakap,” tegasnya. - MMO




0 comments:

Post a Comment