Thursday, May 26, 2016

Filled Under:

Tak Tahan Bau Busuk Teritip, Doktor Abaikan Penemuan Objek Mh370

[Image: image.jpg]
Serpihan enjin pesawat dengan logo Rolls-Royce yang ditemukan oleh seorang doktor di Afrika Selatan kelihatan sepadan dengan logo yang terdapat pada enjin pesawat MH370. Agensi

CAPE TOWN 25 Mei – Seorang doktor mendakwa telah menemukan serpihan enjin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 23 Disember lalu di Teluk Mossel, Afrika Selatan, namun mengabaikan objek tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuk teritip yang ‘melekat’ pada objek berkenaan.

Menurut agensi berita NBC, Schalk Luckhoff dari Knysna menemukan objek itu terdampar di pantai, namun hanya merakam gambarnya sebelum serpihan tersebut dihanyutkan ombak ke laut.

“Serpihan tersebut adalah satu-satunya objek yang ada di pantai pada ketika itu. Saya tidak tahan dengan bau busuk teritip, jadi saya membiarkannya.

“Saya tidak terfikir objek itu sebahagian daripada pesawat MH370 yang hilang,” kata Luckhoff.

Jelas beliau, gambar yang dirakamnya diserahkan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) selepas terbaca artikel tentang serpihan lain yang sedang dikaji kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370.

Gambar diambil Luckhoff itu didedahkan ATSB semalam.

Tiga bulan kemudian, serpihan sama ditemukan terdampar di pantai oleh pakar arkeologi Afrika Selatan, Neels Kruger.

Objek tersebut memperlihatkan logo Rolls-Royce berwarna biru dan putih pada permukaannya serta disahkan hampir pasti milik MH370 selepas analisis dijalankan.

ATSB menjelaskan, pihaknya akan menjalankan analisis terhadap serpihan tersebut serta sebahagian panel yang ditemukan daripada kabin pesawat sebelum memulangkan semua penemuan kepada Malaysia.

“Disebabkan wujud maklumat baharu yang diyakini membawa kepada misi pencarian pesawat itu di lokasi yang lebih spesifik, maka kami bersetuju bahawa kawasan pencarian tidak akan diperluaskan,” ujar badan itu dalam satu kenyataan 




0 comments:

Post a Comment