Saturday, May 28, 2016

Filled Under:

Gambar Lelaki Resah Dikelilingi Polis… Inilah Punca Kejadian Sebenar Yang Ramai TAK TAHU !!!


VIRAL Gambar Lelaki Resah Dikelilingi Polis… Inilah Punca Kejadian Sebenar Yang Ramai TAK TAHU !!! | Bintulu: Gelagat penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dikelilingi tiga anggota polis yang menjadi ‘viral’ di Facebook(FB) semalam berlaku di Jalan Airport Lama berhampiran Paragon Bintulu pada petang, Khamis lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu melakukan rondaan ketika itu.
Menurutnya, ketika tiba ke persimpangan lampu isyarat jalan berkenaan, anggota polis berhenti di sebelah lelaki terbabit.
“Anggota polis kemudiannya menahan lelaki itu di tepi jalan dan mengeluarkan saman kerana tidak memakai topi keledar,” katanya.
Gambar berkenaan dipercayai dirakam pengguna jalan raya apabila melihat penunggang motosikal berkenaan kelihatan resah ketika anggota polis berada di sekelilingnya.




0 comments:

Post a Comment