Saturday, May 21, 2016

Filled Under:

"AYAH DAN IBU SIBUK MENCARI DUIT SEHINGGA "IKAT" ANAK PADA SEKETUL BATU !!"


Itulah yang perlu dilakukan sepasang suami isteri di India yang terpaksa dan tiada pillihan, mengikat anak dorang pada seketul batu semasa dorang bekerja di sebuah tapak binaan..

Kalau korang nak tahu, di India terdapat kira-kira 40 juta pekerja binaan bekerja di bandar-bandar yang berkembang pesat sekitar India.. Satu daripada lima merupakan wanita dan majoritinya adalah pendatang miskin..

Kanak-kanak disana pulak akan dilihat bermain tanpa pengawasan mak bapak dorang yang kebanyakan bekerja mengangkut batu bata, menggali jalan baru atau rumah mewah..

Pasangan tu meluahkan perasaan sedih dan mengatakan dorang tak mampu nak menghantar anak dorang, Shivani ke rumah asuhan dan abang Shivani pulak baru berusia tiga tahun.. Budak besar tu, mana lah mampu untuk menjaga dan mengawasi adiknya tu.

Pasangan tu terpaksalah membawa Shivani di mana dorang bekerja menggali lubang untuk kabel elektrik di bandar Ahmedabad dan hanya mendapat upah 250 rupee.. Sementara dorang melakukan kerja, Shivani diikat bagi mengelakkannya bermain dan melintas jalan..

Disebabkan tu juga lah, budak kecik tu terpaksa menghabiskan sembilan jam di bawah suhu 40 darjah celsius diikat dengan tali pita pada seketul batu.. Kasihan, kan??

Tapi nak buat macam mana, hanya cara tu mak bapak budak tu menjaga keselamatan anak dorang.. So, korang bersyukur lah dengan apa yang korang ada sekarang ni yer.. Jangan asyik nak merungut jer! 




0 comments:

Post a Comment